Bismillah.
Assalamualaikum.
InsyaAllah kita akan memulakan solat tarawih selepas solat Isyak, pada hari Jumaat, 30 Syaaban 1433H bersamaan 20 July 2012. Esoknya, Sabtu 01 Ramadan 1433H bersamaan 21 July 2012 kita memulakan puasa Ramadan. Lebih kurang satu minggu dari sekarang.
Well….. itu mengikut kalendar.
Tak nak cerita pasal puasa, kami nak share pasal solat. Kenapa kita perlu solat pada awal waktu. Apa rahsianya.
Jom-jom intai…..
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Walaupun pelbagai kaedah meditasi dicipta seperti taichi dan qi-gong, tetapi kita perlu bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Waktu Subuh Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhur berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Waktu Asar
Kemudian, warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, overi dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ini, jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini untuk mengerjakan solat dahulu kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Wakti Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ia bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Kenalah kita istiqomah untuk solat di awal waktu. Segala yang baik itu kurniaan Allah SWT kepada umat Muhammad. Cuma kita sahaja yang mahu atau tidak.
Bercakap mengenai solat, nak juga cerita pasal cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh kita-kita ini untuk mendirikannya.
Ada sesuatu yang menghasut dan melalaikan kita untuk mendirikan dan menghayatinya.
Syaitan!
- Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan. Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh.
- Apabila jaga dan menyebut Allah, maka akan terputuslah satu tali.
- Apabila berwuduk maka putuslah tali kedua.
- Apabila bersolat maka putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa bersemangat dan segar.
- Oleh itu, apabila bangun bacalah doa bangun tidur atau sekurang-kurangnya sebutlah nama Allah. Kemudian segera berwuduk dan bersolat.
-
- Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya. Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalangnya iaitu:
- Berwuduk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya: “Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah seperti wuduk solat.”
- Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah kerana sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya: “Dua ayat akhir daripada surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya.”
- Membaca ayat Kursi.
- Boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.
-
- Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. maksudnya: “Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya.”
- Makna kencing boleh difahami secara zahir. Boleh juga difahami bahawa syaitan berjaya menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.
-
- Syaitan mewaswaskan manusia. Asalnya syaitan ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang Mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was was dalam hatinya.
- Pun begitu penyakit was was perlu diubati kerana ia berpunca daripada syaitan.
-
- Was was yang paling utama ialah ketika solat.
- Seorang sahabat mengadu masalah ini ketika solat kepada Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya: “Itulah syaitan yang dipanggil Khanzab. Apabila kamu merasainya maka berlindunglah kepada Allah dan ludahlah di sebelah kirimu sebanyak tiga kali.”
- Biasa juga syaitan akan mengkhayalkan seseorang yang bersolat. Misalnya dia mencari sesuatu benda seperti kunci tetapi tidak dijumpai. Apabila bersolat barulah dia teringat dimana kunci itu berada. oleh itu dia akan terfikir macam mana kunci itu berada disitu. Akhirnya dia tidak khusyuk dalam solat.
- Sabda Nabi s.a.w. maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu bangun untuk bersolat, syaitan akan datang kepadanya lalu mewaswaskannya hingga dia tidak sedari berapa rakaat yang dia telah tunaikan. Maka apabila kamu mendapati berlaku yang demikian maka sujudlah dua kali sujud dalam keadaan duduk”.
-
Memang solat Subuh ada dugaan dan cabaran tersendiri. Solat fardu yang lain kita diwaswaskan. Begitu juga jika kita mahu berqiamullail, ada sahaja pujukan yang akan membuat kita terbuai dalam mimpi.
Mari kita ikuti apa yang telah di sabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar kita sentiasa dibawah perlindungan Allat SWT.
Itulah sahaja yang dapat kami kongsikan pada kali ini.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari godaannya baik tiupan atau hembusannya. Amin.
Wassalam.
[Sumber dari :
1.Majalah ‘Khas Untuk Remaja Muslimah’ dari Grup Majalah Karangkraf, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. (Edisi 118 Apr 12 ms 214)
2. Buku “Jin Hakikat & Pengubatan hasil tulisan Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus (ms 106-109)]
0 comments:
Catat Ulasan