Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini ‘Hari Surau 1Dunia’. Pengurusan surau taman kami pun mengambil peluang untuk menganjurkan acara gotong royong membersihkan surau.
Kalau kat opis bersih membersih ni canggih sikit panggilannya, ‘spring cleaning’ gitu,
Ada ke hari surau 1dunia? Gurau je!
Katanya pun nak menyambut Ramadan. Tak sampai seminggu nak berpuasa dan bersolat tarawih. Surau pun perlu le bersih. Untuk keselesaan beribadat dan beramal.
Surau At-Taqwa Taman Bukit Kepayang 2. Gotong royongnya dijadualkan bermula jam 8.30 pagi. Kami sampai jam 8.49 pagi. Sebelum bergotong royong kena melegakan perut dahulu. Tak selesa nak bekerja kalau perut tak selesa.
Seperti biasa atau seperti tahun-tahun terdahulu, kami lap tingkap. Banyak tingkap kat surau kami ni. Tingkap nako.
Dah ada sahabat-sahabat yang dah mulakan tugasan ini. Kami pun join sekali. Pelbagai cara yang dilakukan. Terpulang kepada keselesaan yang membasuh atau menglap.
Ada yang menanggalkan tingkap kaca dari pemegangnya. Basuh dengan air sabun dan pasangkan semula.
Kami lap menurut kebiasaan. Hmm…..
Lebih kurang jam 10.00 pagi, kebanyakkan tugasan selesai.
Rumput sudah dipotong. Pokok-pokok bunga atau hiasan telah elok di cantas. Permaidani atau karpet surau dah di vakum. Kipas-kipas yang ada dah dibersihkan.
Kira-kiranya semua tip top.
Tingkap pun semua orait. OK!
Minta maaf kerana tak dapat ambil gambar aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Tangan kami kotor.
Selesai gotong royong, ada ole-ole. Alhamdulillah. Kelihatan setiausaha surau membahagi-bahagikan kurma kepada yang mengambil bahagian. Kurma sumbangan seorang ahli kariah.
Ahli kariah, sebelum balik, mengambil ole-ole. Rezeki! Sedap nampaknya. Boleh buat berbuka puasa Ramadan yang dah hampir teramat sangatnya dengan kita.
Kami sampai rumah jam 10.10 pagi.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kesihatan pada badan kami. ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga kami, ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata kami, ya Allah kami berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kepapaan, ya Allah kami berlindung kepada-Mu dari kesengsaraan azab kubur, tiadalah Tuhan selain Engkau. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan