DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Julai 04, 2012

BSK 302. Saham FGVH naik harga peneroka Felda kaya raya

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kat kariah kami ini ada seorang peneroka Felda dari Melaka. Beliau dan isteri tinggal di rumah anak beliau kat taman perumahan bersebelahan taman perumahan kami. Bukan menetap secara tetap. Kadang-kadang sahaja.

Taman yang diduduki beliau dimajukan oleh pemaju lain. Memandangkan tak ada pagar yang memisahkan kedua-dua taman perumahan ini, makanya kami satu kariah.

No2195

Beliau pengunjung setia surau bila menetap kat Seremban. Sebab tu kami kenal abang seorang ini.

Selalunya selepas Isyak dan kekadang tu selepas Subuh ada juga kami berdua berhenti berbual kat persimpangan jalan rumah beliau, lepas simpang rumah beliau baru jalan rumah kami.

Banyak yang dibualkan termasuk penyenaraian saham Felda ni. Sejak penyenaraian, kami belum berpeluang  berbual dengan abang ni.

Kami agak tentu abang ni dah kaya raya. Tentu banyak ‘lot’ saham yang beliau dan keluarga terima. Dapat durian runtuh katakan. Sebusuk-busuk rasanya setengah juta RM dalam tangan. Kira orait tu!

Seperti yang selalu diwar-warkan oleh pemimpin 1Malaysia, janji ditepati!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia Khamis mampu menjana kekayaan yang bakal diagihkan kepada lebih 112,000 peneroka FELDA.

Beliau berkata FGVH, pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar dunia, mencatatkan penyenaraian bersejarah di Bursa Malaysia hari ini dengan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar tahun ini selepas Facebook Inc. "Ini disebabkan kita ada idea dan mampu menjana kekayaan agar boleh mengagihkan ini kepada peneroka-peneroka FELDA yang senyum semacam kerana dapat durian runtuh.

"Ini bukan peruntukan daripada kerajaan tetapi sebaliknya kita menjanakan kekayaan yang kemudian dapat diagihkan kepada semua peneroka," kata beliau pada majlis Sembang Petang Perdana Menteri bersama para Profesor dan Profesor Madya institut pendidikan tinggi awam di Seri Perdana.

Sekarang kami tak pasti samada abang ini boleh menarik nafas lega atau pun nafas semput. Boleh senyum semacam atau senyum bermacam-macam.

Kami berkata demikian apabila terbaca tulisan dan komen saudara Aspan Alias, bekas ahli Umno yang menyertai DAP  mengenai isu saham FGVH ini.

Kami ambil sedikit tulisan dan komen beliau untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Tulisan dan komen yang berkaitan dengan apa yang diperolehi oleh para peneroka Felda.

Jom-jom baca…..

Saham FGVH (FELDA Global Ventures Holdings) ditutup dengan harga RM5.39 sen semalam. Ini bermakna FGVH telah mendapat kenaikan harga sebanyak 0.84 sen.  Tahniah kepada sesiapa yang  mendapat tawaran dengan jumlah yang besar yang telah dibahagi-bahagikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa baru-baru ini.

Jika Isa Samad misalnya mendapat 5 juta saham semasa penyenaraiannya maka Isa telah mendapat keuntungan sebanyak RM4 juta jika beliau menjualnya kepada pasaran hari semalam.

Tetapi yang saya hendak bertanya agaknya berapalah peneroka-penoroka dapat hasil daripada penjualan 810 unit saham yang diheboh-hebohkan oleh pihak kerajaan itu? Jika mereka menjual saham-saham yang mereka beli melalui pinjaman bank itu, boleh ke tidak peneroka dapat membeli setidak-tidaknya sebuah kereta Kancil “second hand”?

Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya-raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.

Setelah ditolak kos “processing” sebanyak RM200 maka sekeluarga peneroka akan hanya mendapat sebanyak RM480 sahaja. Itu untuk satu keluarga. Kalaulah keluarga peneroka ada seramai 6 orang maka, seorang ahli keluarga mendapat RM48 seorang. RM48 itu jika dibelikan rokok Lucky Strike yang saya hisap itu maka setiap ahli keluarga peneroka dapatlah sebanyak 4 kotak sahaja.

Sila ke kat blog beliau aspanaliasnet.blogspot.com jika mahu membaca sepenuhnya artikel beliau yang bertajuk FGV – Untungnya secupak, ruginya segantang.

Jika benar apa yang ditulis oleh saudara Aspan Alias maka bolehlah dikategorikan  mereka-mereka yang bersekongkol untuk memudaratkan peneroka-peneroka Felda….. zalim! Tidak kira siapa mereka. Dari yang berkedudukan paling tinggi hinggalah yang paling rendah.

Kami tidak menyangka cuma seciput sahaja bahagian yang diberikan kepada sekeluarga peneroka. Sebelum penyenaraian ada peneroka yang dikatakan melompat-lompat (tak pasti pulak sehingga sampai setinggi langit) kerana kegembiraan diberitahu akan mendapat durian runtuh.

Tidak ada lagi kedengaran cerita peneroka Felda di bibir merah pemimpin 1Malaysia. Berkemungkinan perkataan peneroka itu sendiri telah terdelete dari kamus minda beliau. Kerana hajat beliau telah ditunaikan oleh peneroka yang senyum semacam kerana mendapat durian runtuh.

Allahuakbar!

Elok peneroka semua fikir-fikirkan!

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki. Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya. Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India