DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, September 16, 2013

BSK 378. Kalimah Allah–Selamat Hari Malaysia 1Malaysia

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hakim Mahkamah Rayuan dilaporkan berkata keputusan rayuan kerajaan untuk mengetepikan penggunaan kalimah Allah akan diumumkan pada bulan hadapan selepas mendengar penghujahan daripada peguam kerajaan, peguam gereja Katolik dan peguam yang mewakili kumpulan Islam.

Tentu ada sebab musabab tertentu yang orang awam macam kita tak dapat terfikirkan yang membuatkan keputusan rayuan itu perlu ditunda.

Semestinya terlalu rumit atau dalam bahasa yang mudah very complicated.

Hujah peguam yang mewakili gereia mengatakan tidak wajar pengharaman gereja menggunakan kalimah Allah kerana:

  • kalimah hanya untuk digunakan di gereja,
  • kalimah sudah lama diamalkan di Sabah dan Sarawak dan
  • hak yang dijamin Perlembagaan.

IMG_20130606_075322

Dua negeri di Malaysia Timur dalam Persekutuan Malaysia telah diberi atau mendapat green light untuk menggunakan kalimah Allah. Dua negeri yang digelar ‘fixed deposit’ yang cukup banyak membantu.

Namun kebenaran yang diberikan dilihat seolah-olahnya menunjukkan Malaysia mempunyai dua undang-undang yang berbeza. Malaysia Timur yes Malaysia Barat no. 

Jika benar undang-undang Malaysia boleh dibeza-bezakan sedemikian rupa maka akan lunturlah semangat Hari Malaysia dan 1Malaysia yang digembar-gemburkan oleh pemimpin utama kita.

Dalam urusan ini biarkanlah hakim-hakim yang arif lagi bijaksana memberi takrifan kerana kesemua mereka adalah pakar dalam undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama dalam Persekutuan Malaysia yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara iaitu Perlembagaan.

Nak sentuh sikit satu lagi kes yang meresahkan orang Islam di Malaysia iaitu kes membatalkan pengharaman buku tulisan Irshad Manji, Allah, Liberty and Love.

Keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman terjemahan buku kerana;

  • buku asli yang berbahasa Inggeris telah berada di pasaran selama setahun sebelum itu, sejak 2011 dan
  • tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama Islam.

Hakim juga mempersoalkan keputusan pengharaman buku tersebut oleh pihak tertentu hanya setelah keluar versi Bahasa Melayu.

Kita hayati kata-kata pemimpin utama kita…..

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,"

Adakah empat perkara utama yang dinyatakan dapat dipertahankan?

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".

Huraian Hadith:

  • Orang Islam hendaklah yakin dan tunduk serta patuh kepada segala perintah yang terkandung di dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi perintah yang wajib.
  • Segala kekeliruan yang terdapat di dalam menentukan hukum hendaklah dirujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Wajib tiap-tiap orang Islam beriman kepada Allah dan janganlah disekutukan dengan yang lain.
  • Orang-orang Islam yang memegang tugas sebagai pimpinan hendaklah sentiasa mengawasi masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum supaya orang-orang yang di bawah pimpinannya terhindar daripada kezaliman.
  • Ajaran Islam adalah merupakan nasihat yang menjadi panduan kepada manusia.

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka".

Huraian Hadith:

  • Janganlah menghukum suatu perkara dengan tidak mengikut hukum Islam sedangkan kamu mengetahui, kerana itu menjadikan kamu akan dihumbankan ke dalam api neraka.
  • Jauhkanlah sifat-sifat menyakiti hati manusia yang menyebabkan Allah SWT murka.
  • Buatlah keputusan mengikut apa yang dibenarkan Allah dan jangan buat keputusan mengikut apa yang tidak diredhai Allah.
  • Rasulullah SAW ialah seorang manusia. Harus bagi dirinya sifat-sifat manusia kecuali apa yang dipelihara Allah daripadanya. Rasulullah SAW terpelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah termasuklah aqidah dan syariat, dan terpelihara daripada perbuatan haram dan keji.
  • Seorang hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan dan hujah yang dapat diterima seperti saksi, sumpah dan lain-lain. Dia tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan pengetahuannya.
  • Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tidak menghalalkan yang haram walaupun hukum itu dilaksanakan pada zahir. Oleh itu, sesiapa yang memperoleh sesuatu melalui perintah mahkamah sedangkan dia mengetahui sesuatu itu bukan haknya maka tidak harus ia mengambilnya.

Fikir-fikirkan…..

Selamat Hari Malaysia 1Malaysia.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, Engkau jadikan dan Engkau tetapkanlah Agama kami di Agama Nabi Muhammad SAW dan jadikanlah ke Islaman kami Islam yang sebenar-benar Islam . Keimanan kami iman yang kukuh dan sempurna. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

[Hadis diambil dari Jakim]

Isnin, September 09, 2013

BSK 377. Penggunaan kalimah Allah diadili undang-undang makhluk

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

clip_image002Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”

IMG_20130717_181618

Isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang kami fahami…..

  • 16/02/09 - Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald.
  • 31/12/09 - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
  • 05/01/10 - KDN memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mereka.

Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Isu penggunaan kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 10/09/13 ini.

Mimbar melalui khatib yang bertugas telah meminta umat Islam untuk menjaga kalimah Allah dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukkan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membahaskan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Seorang yang arif dibidangnya berkata isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja dan menggesa semua pihak menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.

Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.

“Perlembagaan dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman damai, namun apa yang berlaku sekarang ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam.

Cuba kita hayati kenyataan ini…..

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat bukan Melayu akan menggunapakai dan mempertahankan apa yang dikatakan Perlembagaan itu kerana mereka tiada undang-undang alternatif.

Orang Melayu sememangnya mempunyai alternatif dari mula negara ini mendapat kemerdekaan 56 tahun dahulu. Menerima Perlembagaan dan meminda bila mereka adalah majoriti di Parlimen. Orang Melayu boleh menetapkan dan mendictate untuk undang-undang Islam adalah supreme jika ada percanggahan dengan Perlembagaan. Cuma tepuk dada tanya iman masing-masing sahaja.

Tak pernahkah kita terfikir dalam benak kita ini bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Ada isu penggunaan kalimah Allah diantara bukan Islam dan orang Islam. Lafaz Allah yang merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ianya akan diputuskan oleh mahkamah yang mengunapakai undang-undang yang di gubal oleh Lord William Reid yang telah lama mati.

Tak pernahkah kita terfikir dalam benak kita ini apa yang berada didalam pemikiran orang bukan Islam diseluruh dunia. Contoh mungkin ada yang terfikir….. “Wow! Awesome!, Islam ada undang-undangnya tersendiri yang serba menyeluruh tetapi kamu orang Islam mencari keadilan melalui undang-undang ciptaan manusia yang bukan seagama dengan kamu dan bukan juga dari kalangan bangsa kamu dan yang telah lama mati.” 

Seorang pemimpin negara berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata pemimpin itu.

Kita tunggu dan lihat apa yang diputuskan oleh para hakim yang arif lagi bijaksana pada 10/09/13 ini. Tak lama esok je.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72:

clip_image002[10]Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

So….. ya Allah yan Tuhan kami, Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Isnin, September 02, 2013

BSK 376. Merdeka Slim

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_20130830_230227

Hari ini 26 Syawal 1434H. Hari ini last kami puasa 6. Makanya esok kami dah boleh raya sekali lagi. Rasanya nak breakfast kat kedai makcik RMZ kat S2 dengan famili.

Sabtu lepas rakyat Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Nampak meriah sambutan tahun ini dimana dinyatakan di Dataran Merdeka mencecah hampir 200,000 rakyat pelbagai lapisan menyertai dan menyaksikan acara penuh bermakna itu.

Siaran langsung dari Dataran Merdeka menyaksikan 15,280 peserta daripada 56 kontinjen menyertai persembahan yang melibatkan empat segmen iaitu:

  • 'Malaysia Tanah Airku',
  • Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat,
  • Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan
  • Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Persembahan hebat dan mantap melibatkan 23 kontinjen kawad, 16 kumpulan pancaragam, aset dari lima badan keselamatan, lima persembahan padang termasuk Skuadron Istiadat Berkuda dan dua persembahan udara melibatkan pesawat pejuang jenis Sukhoi 30MKM, MIG 29 dan FA 18/D Hornet.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Jom kita hayati luahan PM seperti dilaporkan di Utusan Online…..

Bersama pertahan kemerdekaan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SYUKRI SHAARI

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu nilai merdeka yang dikecapi oleh semua rakyat Malaysia dipertahankan walaupun dengan jiwa raga serta nyawa sekalipun.

Dalam masa sama Perdana Menteri juga meminta semangat patriotik yang diperlihatkan dalam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 kali ini dapat terus dihayati oleh generasi muda bagi memacu negara ke arah kejayaan.

"Saya berasa seolah-olah bulu roma saya meremang melihatkan betapa besarnya semangat patriotik yang dapat kita lihat hari ini.

"Kalau semangat ini dapat dihayati oleh generasi muda, maka kemerdekaan yang dipanjangkan kepada mereka akan dapat membawa negara ke arah kejayaan," katanya ketika berucap selepas meluangkan masa beramah mesra dengan peserta perarakan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Yang turut mengiringi beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengulas mengenai tema sambutan kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku pula, Najib menyifatkannya sebagai sangat tepat.

"Tema ini amat tepat kerana kita dilahirkan di bumi Malaysia, membesar di bumi Malaysia, cari rezeki di bumi Malaysia dan dengan izin akan disemadikan juga di bumi Malaysia,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Najib turut memuji pertunjukan kemerdekaan kali ini terutamanya oleh pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah awal tahun ini.

Beliau menyifatkannya sebagai mampu memperkasakan semangat cintakan negara dalam kalangan setiap rakyat Malaysia.

"Inilah harapan kita, harapan kesinambungan perjuangan agar semangat patriotik itu disematkan dalam setiap lubuk hati kita bahawa kita adalah warganegara yang cintakan negara," ujar beliau.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sabtu itu juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah mencemar duli untuk bersama rakyat menyerikan sambutan di Dataran Merdeka.

Salah satu upacara yang dilakukan oleh baginda ialah memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Baginda iringi oleh pegawai tentera berjalan melintas dua barisan pegawai-pegawai anggota keselamatan.

Terasa kasihan benar ketika melihat baginda bersungguh-sungguh hendak menyempurnakan upacara tersebut. Berjalan melintas dua barisan yang (pada kami) cukup panjang bagi usia baginda.

Melihat baginda melangkah perlahan dan berusaha untuk mengejar pegawai yang berjalan dihadapan baginda mengingatkan kami kat abah yang dah tak mampu nak  berjalan.

Kami bukan di Dataran Merdeka Sabtu Merdeka itu. Tengok kat TV je. Kami sekeluarga outstation kat Slim River. Abah warded kat Hospital Slim River. Abah dah 89 tahun.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, perbaikkanlah pegangan agama kami yang menjadi benteng urusan hidup kami, perbaikkanlah urusan keduniaan kami yang menjadi punca penghidupan kami dan perbaikkanlah urusan akhirat kami yang menjadi bekal kembali kami. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Khamis, Ogos 29, 2013

BSK 375. Merdeka dari Penjajah atau Penasihat

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_20130827_233613

Hari ke-22 dan ada baki 2 hari lagi untuk kami melengkapkan  puasa 6 bulan Syawal. Memang lewat benar kami memulakan puasa tahun ini. Hmm…..

Kita ada satu lagi perayaan besar yang akan disambut pada bulan Syawal ini.

Pada hari Sabtu, 31/08/2013 negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-56.

Amat malang kerana tahun ini dilaporkan suasana sambutan tidak jelas kelihatan. Hambar!

Tidak ada keseronokan dan kemeriahan dirasakan. Jom kita digest kenyataan seorang pakar sejarah negara mengenai fenomena itu…..

Ramai tak kibar Jalur Gemilang

2013/08/28 - Kuala Lumpur: Hanya beberapa hari berbaki sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-56, namun suasana bagi menggambarkan semangat patriotik rakyat untuk bersama-sama merayakan ulang tahun bersejarah itu kekal hambar.

Setakat ini hanya sesetengah premis perniagaan, pejabat dan kediaman di seluruh negara dilihat mengibarkan Jalur Gemilang. Sikap dingin sedemikian nyata mengecewakan ahli akademik dan bekas tentera yang menganggap semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat kian luntur.

Sikap generasi muda

Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata beliau percaya perkembangan itu ada kaitan dengan sikap generasi muda masa kini yang takut dikatakan menyokong kerajaan, sedangkan sambutan yang diadakan bagi menghargai jasa pejuang kemerdekaan negara.

Sambutan kemerdekaan kali ini sangat hambar kerana ada kaitan dengan politik. Generasi muda kini dipercayai enggan mengibar Jalur Gemilang kerana takut dikatakan menyokong kerajaan, sedangkan ia bertujuan menghargai pengorbanan pejuang negara.

Semangat patriotik luntur

Jika keadaan ini jadi trend pada masa depan, ia boleh mengelirukan rakyat dan menghilangkan semangat patriotik mereka, katanya ketika dihubungi, semalam.

Ramlah yang turut merumuskan masyarakat hari ini banyak bersifat keakuan kerana hanya menyumbang sekiranya ada kepentingan terhadap mereka, meminta kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas mewajibkan setiap premis perniagaan dan pejabat memasang bendera.

Perlukah rakyat menyambut Hari Kemerdekaan?

Kenyataan seorang profesor pada 2011…..

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Kenyataan mantan PM ke-4 kita pada 2011…..

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir.

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Cuba kita fahami dahulu erti kemerdekaan  dari malaysiamerdeka.gov.my…..

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Negara menggunapakai undang-undang yang digubal oleh British…..

Sejarah Perlembagaan Malaysia

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Bila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.

Kita terus menerus menggunakan undang-undang peninggalan ‘penasihat’ atau ‘penjajah’ negara sehingga hari ini. Adakah pemikiran kita masih dijajah?

Dijajah atau tidak. Merdeka atau tidak. Masih dijajah atau sudah merdeka. Nak kibar Jalur Gemilang ke tidak.

Yang sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Profesor Datuk Dr Zainal Kling sudah tentu akan tersenyum sinis atau ketawa bila ada yang mengibarkan Jalur Gemilang di premis atau kenderaan mereka kerana kita tidak pernah dijajah, kita cuma dinasihati.

Bila cerdik pandai bertelagah dan tidak sepakat yang pening dan keliru tentunya rakyat. Berpecah rakyat dibuatnya.

Dari pengamatan kami dari sambutan kemerdekaan yang ke-55 lagi suasana hambar itu sudah mula ketara.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah hidayah kepada hati kami dan kesaksamaan kepada lidah kami dan hapuskan perasaan dendam dari dada kami. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sabtu, Ogos 24, 2013

BSK 374. Beraya sambil berpuasa

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Diam tak diam kita sudah berada di tanggal tujuh belas Syawal.  Ikut kalendar, tinggal tiga belas hari lagi untuk kita beraya.

Kami telah beraya dengan jiran-jiran kat sini. Tapi bukan semua. Yang dekat dan rapat didahulukan. Rumah yang jauh sedikit tu, إن شاء الله

Kami juga telah ke Meru mengunjungi sahabat sekeluarga yang amat kami hormati. Esok mereka akan turun ke Seremban pula.

IMG_20130526_122105Kami juga telah mengadakan rumah terbuka skala kecil-kecilan untuk jiran-jiran yang terdekat. Menu utama yang kami sajikan ialah laksa penang dan rojak a.k.a passembur kat utara.

Ada beberapa aktiviti raya lagi yang perlu kami hadiri. Untuk malam ini, malam esok dan malam lusa dah masuk dalam buku catatan. إن شاء الله

Dalam sibuk kita menghadiri perayaan rumah terbuka ini jangan lupa untuk perhatikan tarikh akhir Syawal. Takut terlepas pula puasa enam hari di bulan Syawal.

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. [HR Muslim]

Rugi jika kita meninggalkan atau tertinggal puasa ini kerana pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Berpuasa sunat satu hari di bulan Syawal ini bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Makanya enam hari puasa ganjaran pahalanya bersamaan dua bulan.

Puasa wajib di bulan Ramadhan pula bersamaan pahalanya dengan sepuluh bulan.

Sepuluh bulan Ramadhan dicampur dua bulan Syawal jadinya dua belas bulan atau setahun. والله أعلمُ بالـصـواب

Makanya ketika sibuk beraya jangan lupa berpuasa. Ingatan untuk diri kami sebenarnya ni.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan kepada ibu bapa kami dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah kami dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, Ogos 13, 2013

BSK 373. Haji kouta dan subsidi

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kami berasa cukup teruja bila terbaca berita mengenai haji, tetamu Allah, Mekah, Madinah dll yang berkaitan dengan nya.

Laporan yang kami baca baru-baru ini:-

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 7 September ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Ismee Ismail berkata, penerbangan terakhir yang akan membawa jemaah haji ke sana pula adalah pada minggu kedua Oktober.

"Tarikh bagi wukuf pula dijangka pada 14 Oktober," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai persediaan Tabung Haji pula, Ismee berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi bagi menguruskan lebih 20,000 jemaah haji dari Malaysia. - UTUSAN ONLINE

IMG_20130720_132130

Kerajaan Arab Saudi ketika ini sedang melaksanakan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf  sekeliling Kaabah di Masjidil Haram bertujuan  menambah baik keselesaan jemaah  seluruh dunia di masa hadapan.

Bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu, pada tahun ini kouta haji dikurangkan sebanyak 20% yang membabitkan jemaah haji dari seluruh dunia.

Tahun ini jemaah haji negara kita ialah 22,400 dari 28,000 kouta asal.

Kita sering terdengar ‘subsidi’ diberikan kepada jemaah haji. Kami telah melaksanakan ibadah ni dan taklah berfikir panjang sangat mengenai isu ini.

Dikatakan jumlah subsidi yang diberikan kepada setiap jemaah haji agak besar juga.

Teringat kami pada laporan yang kami baca pada bulan lepas:-

Tabung Haji (TH) yakin pemberian subsidi kepada bakal jemaah haji akan diteruskan pada masa akan datang tetapi jumlahnya bergantung kepada keuntungan hasil pelaburan yang dibuatnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata tahun ini TH memberi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980.

Katanya, hasil pelaburan bergantung kepada perancangan efektif dan sistematik pengurusan TH yang perlu seiring dengan kestabilan ekonomi negara bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan dan pelaburan.

"Tabung Haji kena berjaya supaya ia mampu menanggung subsidi, kalau tidak berjaya, jangankan subsidi, nak bayar dividen pun tidak boleh.

"Kejayaan itu timbul daripada suasana ekonomi yang menggalakkan perniagaan, dan kebanyakan pelaburan Tabung Haji dilakukan di Malaysia," katanya.

Ismee berkata subsidi yang ditanggung TH merupakan satu per tiga daripada kos sebenar mengerjakan haji iaitu kira-kira RM15,000.

Kos haji hanya sekali dinaikkan iaitu pada tahun 2008 daripada RM8,973 kepada RM9,980 berikutan banyak pembangunan dilakukan kerajaan Arab Saudi untuk keselesaan jemaah haji. - Bernama, 10 Julai, 2013.

Ok, kita tak payah sibuk dengan jemaah pakej jom kita lihat kiraan untuk jemaah Muassasah yang kami ambil dari laman web TH.

Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.

Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1434H adalah seperti berikut:

Jenis Jemaah

warganegara belum tunai haji

warganegara telah tunai haji

Kos Haji (RM)

15,555

15,555

Tanggungan Kos Haji (RM)

5,575

tiada

Bayaran Haji (RM)

9,980

15,555

Kos Haji langsung bagi musim 1434H adalah berjumlah RM15,555 seorang. Bagi musim 1434H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM5,575 seorang. Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja.

Untuk maklumat terperinci kami syorkan pergi kat laman web yang berkenaan.

Banyak juga jumlah wang yang digunakan untuk seorang jemaah. Makan pulohan juta juga jika separuh dari jumlah jemaah haji tahun ini pergi secara muassasah.

Dengan itu TH perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang terbaik dan warga TH perlu melaksanakan tanggungan yang diberikan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab agar Bayaran Haji yang lebih rendah dapat dinikmati oleh jemaah haji kita.

Bayaran Haji yang rendah yang diberikan kepada tetamu Allah merupakan tanda aras TH dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan excellent.

Terima kasih warga TH.

Tapi rasa-rasanya warga TH tak perlulahkan gunakan istilah ‘subsidi’ gunakan sahaja istilah ‘tanggungan kos haji’ bila buat press conference. Bila digunakan istilah subsidi macam kurang sedap didengar.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ahad, Ogos 11, 2013

BSK 372. Pergi keberkatan diikuti perayaan

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bulan penuh keberkatan yang “awalnya di penuhi rahmat, pertengahannya di penuhi dengan keampunan dan akhirnya di penuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka” sudah pergi meninggalkan kita.

Hari ini 04 Syawal 1434H bersamaan 11/08/2013 dan kita kini berada di minggu pertama bulan raya. Kita berpuasa sebulan makanya kita juga akan  beraya selama sebulan. Itulah amalan yang sekian lama kita laksanakan kat sini.

IMG_20130625_125036

Tahun ini kami beraya di Kampong Tembuk Darat, Kuala Langat. Rumah ibu mertua kami. Memandangkan kampong wife tak berapa jauh dari Seremban makanya kami kesana selepas solat sunat hari raya.

Tahun ini memang tahun giliran kami adik beradik beraya kat rumah mertua. Adik beraya di Kampong Gadong, kakak pula kat Felda Tenang.

Dirancangkan tahun ini abah beraya bersama keluarga adik dan pada hari raya ketiga abah akan join kami pula. Bila mak pergi dan abah pula mulai uzur maka arrangement raya pun perlu berubah. Terkini secara tetapnya abah akan bergilir beraya di rumah kami bertiga.

Abah dah berada kat rumah kami. Pukul 11 pagi semalam kami menjemput beliau di Gadong.

Kami menerima tetamu pertama maghrib kelmarin iaitu Pengerusi Surau Al Falah Kg Bukit Dukung yang juga sahabat se haji kami. Kami ada meletakkan risalah permintaan untuk sumbangan pembangunan surau berkenaan dalam blog kami sedikit masa lalu. Sahabat kami ini datang bersama keluarga dan juga anak saudara beliau.

Pagi semalam juga ingatkan nak ke Taman Muhibbah untuk menziarahi mak cik kat sana tapi mak cik kami tu ke Terengganu. Nak beraya bersama biras beliau. Insya’Allah ada masa lagi. Kan kita beraya sampai sebulan.

Satu lagi destinasi perjalanan iaitu Meru, insya’Allah.

Kat taman kami ni ziarah menziarahi bermula pada minggu kedua Syawal. Menunggu mereka-mereka yang balik kampong settle down dulu kot. Musim raya ni perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban pun memang cukup adventure.

10 Syawal 1434H bersamaan 17/08/2013 iaitu hari Sabtu kami ada menerima undangan majlis perkahwinan dari seorang pak cik kami di Perak. Anak perempuan beliau Nur Aqilah Binti Hasan akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Muhammad Ruhiddin Bin Ismail di Dewan Carsem, Medan Gopeng. Semoga mereka dikurniakan anak-anak yang soleh yang menjadi penyenang hati mereka dan berbahagia dunia dan akhirat. 

Sekali lagi kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

So….. ya Allah ya  Tuhan kami, kami berlindung kapadaMu dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan dimasa tua, dari godaan dunia dan dari siksa kubur. Ya Allah, bersihkanlah hati kami daripada segala dosa sebagaimana baju yang putih dibersihkan daripada segala kekotoran. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Isnin, Ogos 05, 2013

BSK 371. Lailatul Qadar sebelum Aidilfitri

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kmpungkuPagi ni rasa-rasanya kurang sikit bahang panas. Malam tadi malam Lailatul Qadar kot. Malam tadi kan malam ke 27. Malam ke 27 merupakan malam ganjil yang paling ramai berpendapat malam yang akan berlakunya Lailatul Qadar.

Nabi Muhammad SAW menyatakan Lailatul Qadar pasti berlaku dan di nyatakan pada sepuloh malam terakhir Ramadhan. Di zoomkan lagi terjadinya pada salah satu malam-malam ganjil pada sepuloh malam terakhir itu.

Firman Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5:

clip_image002Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.”

Rasulullah SAW bersabda:

clip_image002Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”(Riwayat Bukhari)

Allah SWT memberi kita tawaran yang hanya Dia yang boleh tunaikan dan Rasulullah SAW memimpin dan menunjukkan jalan untuk kita mencapainya.

Seorang ustaz memberi nasihat tentang malam Lailatul Qadar yang pada kami ada kebenarannya. Kita jangan hanya mencari atau menunggu malam yang penuh keberkatan itu tetapi kita mesti mengisi malam itu dengan amal ibadat.

Masih ada 1malam ganjil sahaja yang berbaki iaitu malam ke 29. Semoga kita pergunakan malam-malam Ramadhan yang berbaki dengan sebaiknya.

Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada En Rusli sekeluarga yang amat kami hormati di Meru.

Kepada semua yang membaca atau terbaca cerita kami, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, ya Allah sesungguhnya kami memohon keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu daripada siksa api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah kami, ibu-bapa kami dan sekalian kaum muslimin dan muslimat dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sabtu, Ogos 03, 2013

BSK 370. Lailatul Qadar berbaki 2 malam

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_20130708_135242

Kita telah meninggalkan phasa yang dipenuhi rahmat. Kita juga telah melalui phasa yang dipenuhi dengan keampunan.

Hari ini 25 Ramadhan 1434H bersamaan 03/08/13, kita dipertengahan phasa terakhir iaitu phasa yang dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka.

Phasa ketiga dan terakhir ini amat kritikal kerana didalamnya terdapat satu malam yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Nabi Muhammad SAW iaitu malam Lailatul Qadar.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5: clip_image002Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.”

Hmm….. pahala yang ditawarkan kepada mereka yang bersungguh-sungguh beribadah di malam ini menyamai seribu bulan iaitu lapan puluh tiga tahun.

Bersungguh-sungguhlah kita membuat pencarian malam penuh kemuliaan itu mengikut hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A:clip_image002[274]Mafhumnya: “Cari malam Lailatul al-Qadr di malam ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadhan.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita telah melalui tiga malam ganjil iaitu malam ke 21, 23 dan 25. Masih ada 2 malam berbaki iaitu malam ke 27 dan 29.

Dengan kehendak-Nya kita telah menghidupkan malam-malam phasa yang dipenuhi rahmat dan malam-malam phasa yang dipenuhi keampunan.

Dengan izin-Nya juga kita akan berupaya menghidupkan phasa ketiga yang terdapat malam Lailatul Qadar itu.

Rasulullah SAW memberi motivasi kepada kita semua dengan sabda Baginda  yang bermaksud: Di dalam syurga mempunyai sebuah pintu yang digelar ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat. Tidak akan masuk kedalamnya seorang pun melainkan mereka sahaja. Dipanggil: ‘Siapakah orang yang berpuasa?’ Lalu orang yang berpuasa pun bangun. Tidak ada yang memasuki syurga melaluinya selain dari mereka. Apabila mereka semua telah masuk, ia ditutup. Maka tidak ada lagi yang akan masuk melaluinya walaupun seorang.(Riwayat al-Bukhari)

So….. ya Allah ya Tuhan kami, ya Allah sesungguhnya kami memohon keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu daripada siksa api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah kami, ibu-bapa kami dan sekalian kaum muslimin dan muslimat dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, Julai 16, 2013

BSK 369. Dua golongan yang tidak dibenarkan menunaikan haji

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Arab Saudi telah memberikan kejutan kedua kepada bakal tetamu Allah SWT diseluruh dunia. Kejutan yang memberi impak besar kepada dua golongan bakal jemaah haji.

IMG_20130418_162703

Pengumuman Kementerian Kesihatan negara itu menyatakan berkuat kuasa musim haji tahun 1434H ini orang tua dan yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, jantung dan buah pinggang tidak dibenarkan menunaikan haji. Maknanya visa haji tidak akan diberikan kepada dua golongan ini.  

Riyadh menguatkuasakan larangan itu bagi mengelak penyebaran Sindrom Pernafasan Asia Barat - Virus Korona (MERS-CoV) yang melanda negara itu sejak September tahun lalu.

Dikatakan 66 orang telah dijangkiti virus itu dan 38 kematian sejak September tahun lalu di negara itu.

Kedua-dua golongan jemaah haji ini dikenakan larangan demi keselamatan mereka. Mereka merupakan golongan berpotensi untuk dijangkiti virus korona itu.

Sememangnya bakal jemaah haji di seluruh dunia mendapat dugaan yang besar ketika ini.

Kejutan pertama, dikurangkan jumlah jemaah sebanyak 20% dari kuota asal sesebuah negara kerana kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Kejutan kedua impaknya kepada golongan tua dan yang berpenyakit kronik dan bukan jumlah jemaah.

Wajarkah tindakan Riyadh itu?

Pada kami keselesaan dan keselamatan jemaah haji yang juga tetamu Allah SWT sememangnya termasuk didalam faktor-faktor yang diutamakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Mereka yang menjadi tuan rumah untuk memastikan tetamu-tetamu Allah Taala yang jutaan jumlahnya dapat melakukan ibadah haji dengan selesa dan terbaik untuk mendapatkan haji mabrur.

Wajar atau sebaliknya tindakan Riyadh itu terpulang kepada bakal-bakal jemaah yang terbabit. Mereka semestinya mempunyai hajat dan niat yang tersendiri.

Mungkin ada jemaah yang mempunyai niat untuk pergi dan tidak mahu kembali ke kampong halaman mereka lagi. Mereka impikan one way ticket sahaja. Ma’la atau Baqi’.

Apa keistimewaan Ma’la dan Baqi’ ini?

Ada beberapa hadis menyebutkan kelebihan tanah perkuburan al-Ma’la di Mekah, namun menurut ulamak hadis; kesemuanya adalah dhaif termasuk hadis yang bermaksud;

“Sebaik-baik tanah perkuburan ialah yang ini (baginda maksudkan al-Ma’la di Mekah)” (HR Imam Ahmad)

Berkenaan perkuburan al-Baqi’, terdapat hadis soheh menyebutkan kelebihan mati di Madinah secara amnya, iaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat untuk orang yang mati di situ” (HR Imam Ahmad).

Walau apa pun hajat atau niat seseorang, kita sebagai hamba hanya boleh berdoa kerana Allah SWT yang menentukan senarai tetamu kehormat-Nya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami menyerahkan urusan kami kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sabtu, Julai 13, 2013

BSK 368. Shopping sakan Ramadhan

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ini 04 Ramadhan 1434H bersamaan 13/07/2013. Dah hari keempat kita berpuasa ni.

IMG_20130712_103251Setiap Ramadhan kita akan berpuasa dan tiap tahun juga kita akan shopping sakan di bulan itu. Kita tidak dapat menolak naluri kita kerana bulan itu kita di offer tawaran berganda dalam urusan jual beli kita.

Siapa yang tak suka shopping kan. Jika tak beli pun boleh window shopping je. 

Shopping atau pun window shopping kat Aeon ke, Tesco ke, The Store ke, Parkson ke, bazaar Ramadhan ke, tak kisah asalkan puas.

Tapi itu bukan shopping yang dimaksudkan.

Apa yang dimaksudkan ialah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).” (Riwayat al-Bukhari).

Setiap hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh barakah dan peluang untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT kerana setiap saat ada ganjaran pahala yang dijanjikan.

Rasulullah SAW merasa gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadhan dan kegembiraannya itu di sampaikan pula kepada para sahabat Baginda.

Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah SWT telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan di kunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. Justeru bulan yang mulia ini dilipat ganda ganjaran pahala khususnya bagi membersihkan segala dosa serta mengembalikan fitrah akhlak manusia.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam.”(Riwayat al-Khamsah).

Kegembiraan Rasulullah SAW itu juga merupakan kegembiraan kita kerana kita adalah umat Baginda.

Allah SWT secara specific telah menetapkan tawaran-Nya kepada kita iaitu semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda dan diantara keistimewaan puasa ramadhan ialah Allah akan menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi dari amalan-amalan lain sehingga Allah sendiri yang akan menentukan kadar pahala itu di akhirat.

Puasa adalah merupakan ibadat yang paling hampir dengan Allah iaitu bagi mereka yang mengikhlaskan diri kepada Allah. Ini kerana puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.

Solat yang cuma ada di bulan puasa dan tiada di bulan-bulan lain adalah solat Tarawih. Solat ini dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Solat ini disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

Nabi Muhammad SAW  menggalakkan kaum muslimin mengerjakannya kerana ia adalah antara syi’ar bulan Ramadhan. Ianya mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Pada sepuluh malam terakhir Ramadhan kita disarankan untuk menambahkan amal ibadat kerana di salah satu malam diantara malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.

Kita boleh memperbanyakkan amal ibadat dengan beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.

Daripada Aisyah r.a. katanya:

“Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.”

Well….. kita perlu lakukan yang terbaik pada bulan ini kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya di penuhi rahmat, pertengahannya di penuhi dengan keampunan dan akhirnya di penuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka”.(Riwayat Muslim)

Rebut-rebutlah tawaran dan shoppinglah dengan ikhlas..

So….. ya Allah ya Tuhan kami, ya Allah sesungguhnya kami memohon keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu daripada siksa api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah kami, ibu-bapa kami dan sekalian kaum muslimin dan muslimat dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, Julai 09, 2013

BSK 367. Selamat berpuasa dan doa untuk Mesir

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

No2553

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Rabu 10/07/13.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

- Bernama

Selamat berpuasa dari kami sekeluarga.

Semoga ibadah dan amalan yang kita lakukan pada Ramadhan tahun ini penuh dengan keikhlasan dan tidak lari dari sunnah Rasul-Nya dan dengan rahmatNya dan kelembutanNya kita dikurniakan kebaikkan dan ganjaran yang terbaik.

Di bulan yang penuh dengan keberkatan ini jangan lupa untuk perbanyakkan doa untuk saudara kita di Mesir yang ketika ini di zalimi oleh pemerintahan tentera yang mengkhianati kepimpinan yang dipilih oleh rakyat Mesir sendiri.

Semoga Allah SWT memberi kemenangan kepada saudara kita dan Islam kembali tegak di bumi Mesir.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk. Berilah kami kesihatan sebagaimana orang yang telah Engkau beri kesihatan. Berilah kekuasaan kepada kami sebagaimana orang yang telah Engkau beri kekuasaan. Berilah keberkatan pada sesuatu yang telah Engkau berikan kepada kami. Jagalah kami dari keburukan sesuatu yang telah Engkau pasti. Sesungguhnya Engkau Zat yang menetapkan dan tiada seorang pun yang menentukan Engkau. Sesungguhnya tiada hina bagi orang yang Engkau beri kekuasaan. Dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau dan Maha Luhur Engkau. Maka bagi Engkau segala pujian atas sesuatu yang Engkau telah pastikan. Kami mohon ampun dan bertaubat kepada Engkau. Semoga Allah memberi rahmat, berkat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ahad, Julai 07, 2013

BSK 366. Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_20130423_140214

Tiba bulan Rejab Rasulullah SAW berdoa:

clip_image002

“ Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.”

Kita telah melalui bulan Rejab dan ketika ini sudah berada di hari-hari di penghujung bulan Syaaban.

Hari ini, Ahad 28 Syaaban 1434H bersamaan 07/07/2013.

Samada kita mula bersolat Tarawih malam esok atau lusa akan kita ketahui esok. Pihak berwajib akan mengumumkan tarikh kita mula berpuasa malam esok setelah mereka melihat anak bulan pada petang harinya.

Sabda Rasulullah SAW:

clip_image002[166]

“Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syaitan-syaitan.”

Bagi mereka yang benar-benar berpuasa…..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Di dalam syurga mempunyai sebuah pintu yang digelar ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat. Tidak akan masuk kedalamnya seorang pun melainkan mereka sahaja.

Dipanggil: ‘Siapakah orang yang berpuasa?’

Lalu orang yang berpuasa pun bangun. Tidak ada yang memasuki syurga melaluinya selain dari mereka. Apabila mereka semua telah masuk, ia ditutup. Maka tidak ada lagi yang akan masuk melaluinya walaupun seorang.

Kelebihan bulan Ramadhan yang dikurniakan Allah Taala kepada kita seperti firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5:

clip_image002

Bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.”

Ulama berbeza-beza pendapat dalam menentukan terjadinya malam yang penuh dengan keberkatan itu. Namun kita sememangnya telah diberikan panduan oleh Rasulullah SAW dalam pencarian kita.

Hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A:

clip_image002[12]

Mafhumnya: “Cari malam Lailatul al-Qadr di malam ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadhan.”

Selain memberi panduan, Rasulullah SAW juga telah menggariskan beberapa langkah kepada umatnya agar berusaha sedaya upaya mendapatkan Lailatul Qadar ini.

Sayyidatina ‘Aisyah meriwayatkan:

clip_image002[14]

Maksudnya: “ Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah ) dan uzlah dari isteri-isterinya. ”

Persiapkanlah diri untuk merebut dan mendapatkan kebaikan-kebaikan yang disediakan oleh Allah SWT pada bulan Ramadhan yang akan menemui kita dalam waktu terdekat ini.

Tawaran Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW dalam surah Ali Imran ayat 133:

clip_image002[18]

Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.”

Dalam kita bersiap sedia untuk merebut ganjaran yang di tawarkan oleh Allah Taala jangan kita lupa berdoa untuk saudara kita yang berjuang di Palestin, di Syria dan juga di Mesir. Semoga Allah SWT memberi kemenangan kepada mereka dan Islam.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon kepada-Mu segala permulaan yang baik dan segala penghabisan yang baik, kami pohon kepada-Mu segala amalan yang mengumpulkan kebajikan, awalnya dan akhirnya, zahirnya dan batinnya dan kami pohon kepada-Mu darjat-darjat yang tinggi di syurga dan selamatkanlah kami dari neraka. Kami juga memohon keampunan pada waktu malam dan siang serta kedudukan yang elok di syurga. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, Jun 25, 2013

BSK 365. Biarlah penunggu porch menunggu

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan Nilai, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan berada didalam kategori tidak sihat iaitu bacaan IPU diantara 101 ke 200.

Dimana bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Disebabkan bacaan indeks kat taman kami ini berada dalam kategori tidak sihat makanya kami biarkan sahaja pasangan tekukur yang membina sarang mereka kat meter TNB di porch rumah kami kekal kat situ sahaja.

Tapi kami perhatikan cuma ada seekor sahaja tekukur yang berada di sarang berkenaan.

IMG_20130625_100339

Begitulah keadaannya dari petang semalam hingga ke petang ini. Tak tahu yang seekor lagi berada dimana.

Kami pun tak pasti samada yang kat sarang tu jantan atau betina.

Berkemungkinan besar betina.

Tugas isteri duduk kat rumah jaga rumah sementara suami mencari rezeki. Hmm…..

Walauapapun sarang pasangan itu kelihatan belum betul-betul elok. Seperti ada pengubahsuaian lagi yang akan dilakukan.

IMG_20130625_100331Kelihatan kat lantai porch kami ranting kering, rumput kering dan juga daun buloh kering.

Yang seekor lagi tak balik ke sarang, mungkin ditimpa kemalangan atau bencana menyebabkan pengubahsuaian tergendala.

Kesian juga melihat yang seekor tu tertunggu-tunggu pasangannya pulang. Mungkin esok membawa keceriaan kepada si penunggu setia ini.

Kami doakan yang terbaik untuk pasangan tersebut.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Isnin, Jun 24, 2013

BSK 364. Jerebu halau ke biar

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Keadaan jerebu kat negara kita dikatakan semakin serious. Muar dan Ledang dilaporkan sebagai kawasan paling kritikal ketika ini.

Situasi kritikal itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi semalam..

Jika di baca-baca dan didengar-dengar jerebu kat negara kita dan jiran kecil kita di selatan, Singapura berpunca dari negara jiran besar kita, Indonesia.

Jika di baca-baca dan di dengar-dengar lagi negara kita sememangnya tidak terbabit secara langsung. Namun begitu secara tidak langsung mempunyai saham.

Jom baca…..

Jerebu: Lapan syarikat berkaitan Malaysia disiasat

June 23, 2013

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.

Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.

Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times, June 23, 2013.

Hmm….. seolah-olahnya jerebu ini menjadi acara tahunan dalam kalendar sesetengah syarikat.

Jerebu ini juga telah menyebabkan satu pasangan kat taman kami pindah rumah walaupun IPU kat Seremban ini dilaporkan masih selamat dengan bacaan sekitar 100.

Kami simpati juga melihat keadaan mereka ini. Terpaksa pindah untuk mencari keselesaan dari jerebu yang semakin parah.

IMG_20130623_113439

Pasangan tersebut membina rumah di rimbunan buloh ini. Jika angin bertiup rimbunan ini menari mengikut alunan angin. Sedap mata memandang lengguk tarian semulajadi tu. Rumah pasangan itu seolah-olah dibuai-buai. Itu dulu. Kini…..

IMG_20130623_113601

Pasangan itu terpaksa menumpang kat kotak meter letrik TNB di porch rumah kami. Kira-kiranya seperti pendatang tanpa izin ni…..

Belum siap sarang mereka ini. Pasangan burung (rasanya burung tekukur) ini kami perhatikan masih mencari dan membawa bahan-bahan untuk membina kediaman baru mereka.

Anak-anak concern juga dengan tahap keselamatan pasangan ni. Takut kena renjatan letrik jadi tekukur bakar pula.

Dilema juga kami dibuatnya. Biar ke halau. Halau ke biar. Halau halau. Biar biar. Akhirnya, biarkan lah….. Allah SWT mengetahui segalanya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami menyerahkan urusan kami kepada Mu. Sesungguhnya Engkau Maha melihat akan hamba-hamba Mu.Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Khamis, Jun 20, 2013

BSK 363. 20% pengurangan kuota haji 1434H banyak tu…..

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Dah lama kami tak bercerita. Sebabnya….. malas ada. Boring ada. Buntu pun ada juga kot.

Jadinya hari ini kami nak mula kembali. Kembali pelan-pelan bercerita.

Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Hari ini 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013.

Dari awal Rejab umat Islam memohon kepada Allah SWT dengan doa yang bermaksud;

“Ya Allah ya Tuhan kami. Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.”

InsyaAllah bulan Ramadan is just round the corner. Dalam kalendar kat rumah kami, 1 Ramadan 1434H adalah pada 10 Julai 2013.

Kami tak nak cerita panjang pasal bulan puasa ini. Rasa-rasanya semua sudah siap siaga untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan itu.

Kami nak cerita sedikit mengenai kuota haji.

No2512

Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan pengurangan sebanyak 20% kuota jemaah haji Malaysia tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, arahan itu diterima secara rasmi daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid tiga hari lalu.

Setahu kami surat tawaran telah diterima oleh bakal-bakal jemaah haji negara kita. Seorang sahabat kami kat taman ini telah menerima surat tawaran dari Lembaga Tabung Haji (LTH). mengenai surat pengesahan penerbangan, sahabat kami ini berkata akan diperolehi pada bulan puasa ini.

Kami mendoakan agar sahabat kami dan isteri beliau dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya dan tetamu RasulNya kerana LTH akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini mengikut arahan terbaru daripada kerajaan Arab Saudi itu.

Bagi kami 20% adalah jumlah yang besar kerana ianya melibatkan seramai 5,600 jemaah dari 28,000 jemaah negara kita ini.

Bukan nak mempertikai tetapi mengikut lapuran, arahan pengurangan 20%diterima secara rasmi tiga hari lalu kerana kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Secara logiknya sekiranya ada pembinaan besar-besaran kerajaan Arab Saudi semestinya membuat pengumuman awal kepada negara-negara yang berkaitan kerana musim haji merupakan tarikh penting dalam kalendar negara-negara Islam.

Dek kerana  terlalu lewat mengformalkan pengurangan itu impaknya seramai 5,600 jemaah haji kita yang telah menerima surat tawaran untuk menunai haji berkemungkinan bakal menerima surat dukacita.

Semoga LTH dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempunyai ramuan terbaik untuk mengatasi isu ini.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan yang hidup kekal lagi sentiasa berdiri sendiri. Wahai pencipta keindahan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kurnia, tiada Tuhan selain Engkau, dengan rahmat kurniaMu kami mohon pertolongan. Perbaikilah untuk kami semua urusan kami. Dan jangan Engkau membiarkan kami sekejap matapun. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, Mei 14, 2013

BSK 362. Orang beriman dituntut mentaati pemimpin yang dipilih secara sah

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Isu kepimpinan sememangnya isu yang amat penting. Sehinggakan sahabat terkemuka Abu Bakar dan Umar meninggalkan urusan pengkebumian Nabi SAW kerana merundingkan isu kepimpinan umat Islam ketika itu.

IMG_20130423_141640Kami nak kongsi sedikit fakta yang di kemukakan oleh khatib dalam khutbah Jumaat lepas, 10/05/2013.

Dalam Islam kedudukan seseorang pemimpin itu terlalu mulia dan terlalu tinggi kerana merekalah paksi kepada perpaduan ummah. Percayalah bahawa sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan kepada seorang ketua yang dapat menyatukan mereka berdasarkan kebijaksanaannya.

Seorang ulama Abu Abdullah menyatakan didalam kitabnya Tahzib al- Risalah bahawa: ’Teraturnya urusan agama dan dunia adalah sesuatu yang dituntut dan ia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah. kalaulah tidak wujudnya pemerintah, nescaya keadaan manusia akan menjadi kacau- bilau dan mereka akan saling bunuh membunuh antara satu sama lain’.

Justeru, sebagai orang yang beriman kita dituntut untuk mentaati pemimpin yang dipilih secara sah yang telah kita laksanakan semasa proses pilihanraya yang telah berlalu.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 59:

clip_image002Maksudnya: " Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." .

Kami juga bersetuju dangan saranan khatib bahawa dalam proses pemilihan pemimpin pastinya ada yang menang dan ada yang kalah kerana PRU juga satu pertandingan. Pada PRU13 baru-baru ini ianya merupakan pertandingan sengit diantara dua gabungan.

Selepas PRU13 secara rasminya, ada pihak enggan menerima kekalahan kerana dikatakan terlalu banyak penipuan dilakukan dalam PRU13 itu.

Mereka ketika ini berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat dengan mengadakan beberapa perhimpunan yang telah dihadiri oleh puluhan bahkan ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda.

Kenapa perhimpunan seumpama ini mendapat sambutan dari masyarakat majmuk Malaysia dari golongan muda? Adakah mereka cuma suka-suka?

Warga muda adalah golongan yang terdedah dengan saluran komunikasi dan maklumat terkini. Minda mereka lebih terbuka daripada golongan saluran 1 dan 2 dan mungkin 3 di hari pengundian. 

Pengalaman mengundi kami…..

Pada 05052013 kami beratur di saluran 3. Seingat kami, dah enam kali kami menunaikan hak sebagai pengundi. Dua kali di Brickfields, dua kali di Wangsa Maju dan dua kali di Seremban. Semasa DSAI dipecat kami menetap di Wangsa Maju.

Bila beliau dihina dan diaibkan kami mulai mencari maklumat dari media-media alternatif. Perkara yang melibatkan bekas orang nombor 2 negara dan parti Melayu terbesar kat negara kita ini isu yang besar dan kami tidak mahu mendapat sumber maklumat dari satu pihak sahaja.

Pada kami semakin banyak maklumat yang kita bandingan, insya’allah kita akan dapat menilai keadaan sebenar.

Berbalik kepada isu pemimpin…..

Adakah mereka yang menghadiri perhimpunan di Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang terdiri dari anak-anak muda dan juga otai otai suka suka atau mereka dapat menilai tahap ketelusan PRU13 lalu?

Ketelusan dalam isu dakwat kekal, mengundi lebih dari sekali, pengundi hantu, taufan bangla, blackout, pengendalian peti undi dll.

Adakah benar PRU13 dihiasi dengan perbagai penipuan? Terlalu amat susah ke rakyat Malaysia nak mencari kebenaran?

Tak susah pun bahkan mudah sahaja. Cuma perlu rajin dan bersikap terbuka.

Teliti maklumat dari pelbagai sumber, yang pro barisan mahu pun yang pro pakatan. Insya’allah jawapannya pasti akan ditemui.

Dapat cara baik pemimpin akan dapat rahmat dan keberkatan. Dapat cara tak baik pemimpin tak dapat rahmat dan keberkatan cuma umpatan. Itu saja.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dan kejahatan hamba-Nya. Tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat kepada kami di bumi dan juga di langit dengan berkat nama-Nya (Allah) dan Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India