Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami sekeluarga ke Meru tengahari semalam.
Bukan sengaja berjimba-jimba ke sana tetapi menerima undangan En Rusli bin Abu dan Pn Pairus binti Haji Hussein sekeluarga dari Taman Meru Makmur 2.
Undangan dari sahabat yang kami hormati bagi menyerikan majlis ikatan kasih puteri sulong mereka Zuren Safinas binti Rusli dengan pilihan hatinya Shahrulrizal bin Zakaria.
Majlis menerima menantu yang pertama bagi mereka. Yang kedua? Insya’allah kami setuju. Hmmm…..
Cukup meriah dan tersusun majlis yang diadakan.
Well….. kami nak share beberapa gambar yang sempat kami ambil di majlis itu.
Pasangan pengantin berjalan menyusur dicelah-celah tetamu menuju pelamin yang disediakan. Comel flower girl kat depan tu.
Dah pun selamat sampai di singgahsana. Seperti di zaman raja Melaka, ada tarian dari dayang-dayang untuk menghiburkan raja sehari ini.
Berseri-seri kedua-dua pengantin. Macam pinang dibelah dua.
Bapa pengantin perempuan menepung tawar. Sempat mengusik dan juga memberi nasihat kepada menantu. Terima kasih father-in-law!
Ibu pengantin perempuan pula menepung tawar. Biasa-biasa sahaja. Tenang hati menantu.
Flower girl dah penat lepak-lepak kat pelamin. Bila nampak ibu yang menepung tawar terus bangun menerkam. Nak ikut ibu!
Itu sahaja gambar-gambar yang dapat kami kongsikan.
Kepada En Rusli sekeluarga kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga dengan kehadiran menantu menambahkan keceriaan dalam keluarga.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu-bapa kami, serta kasihanilah ibu-bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan