DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Oktober 03, 2011

BSK 237. Sebab seorang doktor dan lawyer tolak hudud

Bismillah.
Assalamualaikum.

Masih lagi disekitar isu perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Pada kali ini mari kita fikir-fikirkan sebab yang diberikan oleh dua professional  yang menolak perlaksanaan hukum itu di Malaysia.

“Kami tiada apa-apa (sebab) untuk menentang PAS. Dalam isu-isu besar, kami memiliki pendirian yang sama.

“Tetapi kami mendapati pendirian PAS tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau pada satu sidang media di George Town hari ini.

Karpal juga berkata, …..

“Kami tidak bersetuju pada dasarnya berhubung perundangan (hudud),” kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Karpal berkata pemimpin-pemimpin DAP telah membuat pendirian yang jelas pada satu mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu lalu bahawa hukum hudud tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.

Laporan penuh: Karpal: DAP, PAS tiada masalah kecuali isu hudud.

Itu adalah sebab yang diberikan oleh Pengerusi DAP,  Karpal Singh yang juga seorang lawyer.

Berkemungkinan kita boleh terima sebab bukan Islam di Malaysia menolak hudud dan menerima pakai Perlembagaan Persekutuan.

Mungkin kerana agama mereka tiada undang-undang yang lengkap yang boleh mereka perjuangkan.

Oleh itu mereka selesa menggunapakai undang-undang sekular ciptaan manusia seperti Perlembagaan Persekutuan yang di hasilkan dari pemikiran Lord Reid, bukan Islam seperti mereka.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.

Laporan penuh: Mahathir: Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang.

Tun MahathirItu adalah sebab yang datang dari pemikiran mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang doktor.

Walau apa pun sebab yang diberikan, kedua-dua mereka, seorang lawyer dan seorang doktor, menolak perlaksanaan hukum hudud.

Doktor (muslim) + lawyer (non-muslim}= x hudud

Fikir-fikirkan sendiri.

Agama Islam diturunkan kepada umatnya lengkap dengan undang-undangnya tersendiri.

Undang-undang yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu dari Allah SWT kepada Rasul-Nya untuk kebaikan seluruh umat Islam.

Undang-undang yang dijamin relevan sehingga hari kiamat.

Kenapa pemimpin kaum muslimin, berkuasa untuk melaksanakan hukum Islam dan meninggikan syariat Islam memilih untuk mempertahankan dan akur menggunapakai undang-undang ciptaan manusia?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!  "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
[Surah al-Kafirun: ayat 1-6]

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung denganMu daripada kejahatan yang Engkau beri kepada kami dan juga kejahatan yang Engkau tahan daripada kami. Ya Allah campakkanlah kepada kami, rasa cinta kepada iman dan hiaskanlah ia di dalam dada kami. Ya Allah campakkanlah kepada kami, rasa benci kepada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Dan jadikanlah kami dari golongan orang yang cerdik. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India