DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Oktober 01, 2011

BSK 236. Hudud ciptaan parti gilakan kuasa

Bismillah.
Assalamualaikum.

No1567

Kita fikir-fikirkan dengan tenang petikan kata-kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir seperti yang dilaporkan:

bm_yadim

“Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah,” kata beliau  yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.

Dalam menginterpretasikan hukum hudud, katanya, “kita sebenarnya harus memisahkan antara hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata.”

Laporan penuh: YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa.

Perlu diambil perkiraan bahawa kerajaan yang sedia ada telah memerintah dan mentadbir negara selama 54 tahun. Sejak merdeka, yang menjadi pemimpin utama adalah orang Melayu yang mengakui beragama Islam.

Yang Dipertua Yadim perlu meyakinkan rakyat yang kerajaan sediada (yang beliau seolah-olah memberi sokongan padu) telah berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Islam yang sebenar yang digariskan oleh al-Quran dan hadis melalui Mahkamah Syariah Malaysia.

Dan adakah beliau dengan yakin boleh menyatakan setelah 54 tahun negara kita merdeka (kita merdeka ke tidak ni?) majoriti rakyat Malaysia beragama Islam faham dengan sebenar-benar faham ajaran Islam yang mereka anuti.

Fikir-fikirkan kata-kata Prof Dr Abdul Aziz Bari seperti yang dilaporkan:

abdul-aziz-bari1-sept16-160x0

“Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan),” katanya lagi. Sehubungan itu kata beliau,

“apabila Perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri.” “Kedua-dua undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah telah dimasukkan dalam senarai negeri, oleh itu persoalan besar adalah berkaitan dengan Akta Mahkamah Syariah 1965, yang mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah,” katanya lagi.

Kata Aziz, “sebagaimana saya katakan banyak kali ada negara di dunia yang menguatkuasakan sistem dan undang-undang yang pelbagai.” “Dalam kes hudud, adalah sangat jelas bahawa ia hanya untuk Muslim dan Mahkamah Syariah... Majlis Peguam sendiri telah banyak kali mengatakan bahawa ia hanya bagi Muslim,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, apa yang diperkatakan sekarang bukan retorik tetapi satu usaha untuk membenarkan masyarakat Muslim hidup di bawah sistem perundangan mereka.

“Bagi bukan Islam, mereka tiada perundangan mereka sendiri seperti Muslim, jadi mereka boleh hidup di bawah undang-undang sivil negara ini,” katanya lagi.

Kenyataan Presiden Majlis Peguam:

limcheewee400px-160x0

Presiden Majlis Peguam Lim Chhe Wee berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

“Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud,” kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

Yang bukan beragama Islam (yang tahu hukum hudud hanya kepada orang Islam) akan berterusan membantah perlaksannan hudud kerana dikatakan melanggar perlembagaan. Seolah-olah Perlembagaan itu perfect. 

Fikir-fikirkan kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari ini:

Aziz juga berkata, mandat politik akan membolehkan sesuatu yang difikir sebagai mustahil untuk diperkenal dan dilaksanakan menjadi kenyataan dalam jangka panjang.

“Ingat (peristiwa) 1993? Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan imuniti raja-raja difikir mustahil untuk dilaksana. Apatah lagi apabila hendak mengadakan satu mahkamah untuk membicarakan mereka.

“Tetapi perkara yang dianggap sebagai mustahil berlaku meskipun raja-raja ada kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menghalangnya. Mereka melakukan di sebalik sentimen popular,” kata Aziz.

Oleh itu kata beliau, jika Kelantan boleh memperlihatkan kali ini ia pastinya akan berlaku memandangkan hudud hanya bagi Muslim dan “sesuatu yang tidak terhalang dengan jelas di bawah Perlembagaan.”

Laporan penuh: Pakar cabar Majlis Peguam, tak mustahil hudud boleh digubal.

Insya’allah, jika pemimpin-pemimpin Islam berkeyakinan dan telus mahu menegakkan Islam maka usaha itu akan berhasil dan berjaya.

Tetapi bila pemimpin yang mengaku Islam dari awal-awal lagi sudah berikrar bahawa hukum hudud tidak perlu dilaksanakan di Malaysia kerana hukum buatan manusia yang digunapakai mampu memberi keselamatan agama, nyawa, akhlak dan harta benda umat Islam….. well fikir-fikirkan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, perteguhkan hati-hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Tiada siapa yang boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau sesatkan dan tiada siapa yang boleh menyesatkan kepada siapa yang Engkau beri petunjuk. Ya Allah kepadaMu kami panjat segala pujian. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India