Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami amat teruja membaca dua laporan kat MI. Laporan menarik mengenai anak bapak
Jom-jom baca…..
Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyuarakan sokongan terhadap anaknya Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menawan negeri tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.
Kenyataan bekas perdana menteri itu dijangka akan memberikan tekanan terhadap pemimpin Umno negeri untuk memutuskan sama ada Mukhriz adalah calon yang sesuai, kerana sokongan timbalan menteri perindustrian antarabangsa dan industri itu dilihat terbaik.
“Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai menteri besar, saya sokong.
“Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk menteri besar; kita tak tahu menang ke tak jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat negeri atau persekutuan,” kata Dr Mahathir dalam temu ramah bersama The Malaysian Observer (MobTv).
Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk mengulas berkenaan spekulasi Mukhriz akan dicalonkan sebagai menteri besar Kedah jika BN menang di Kedah dalam PRU13.
Mukhriz merupakan Timbalan Ketua Umno Kedah dan ahli Parlimen Jerlun.
Namun Dr Mahathir menegaskan Mukhriz masih “berjuang” untuk meningkatkan keupayaannya dan kepimpinan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri telah menjadi pemangkin untuknya aktif berpolitik.
“Sepanjang pengetahuan Mukhriz, saya tahu dia berminat tapi saya tidak benarkan untuk dia menyertai politi. Saya perdana menteri, dia tida boleh bermula seawal semasa saya dahulu.
“Dia masih berjuang, amat sukar, dia perlu meningkatkan potensi dirinya,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, kunci utama beliau tidak menggalakkan anak-anaknya menyi politik adalah kerana tidak mahu dituduh mengamalkan nepotisme atau mewujudkan legasi keluarga.
“Ia sangat mementingkan diri sendiri, saya fikirkan diri sendiri ... saya kata tidak pada politik, tiada perniagaan dengan kerajaan. Selepas saya bersara, mereka boleh kemudiannya,” katanya.
Spekulasi mengatakan Mukhriz akan menyerahkan kerusi Parlimennya dan bertanding di Kedah untuk meningkatkan imej BN dan Umno.
Turut difahamkan tidak semua pemimpin Umno menyokong ahli Parlimen Jerlun itu, dan menentang cadangan tersebut.
BN hanya memenangi 14 daripada 36 negeri pada 2008, sedangkan Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 kerusi, dengan majoriti dikuasi PAS dengan 16 kerusi.
Mukhriz sebelum ini mengakui menjadi anak Dr Mahathir membantunya meningkat naik dalam politik, namun berkata kepada Online pada Februari beliau enggan dibayangi bapanya itu.
Siapa sebenarnya dalang yang membuat spekulasi anak Tun itu akan dicalonkan menjadi MB Kedah?
Siapa sebenarnya juga dalang yang membuat spekulasi anak Tun itu akan menyerahkan kerusi Parlimen Jerlun dan bertanding di Kedah?
Spekulasi ni serupa khabar angin. Kita boleh minta gerombolan kita, orang sekeliling kita, atau sesiapa sahaja tiupkan. Paling memberangsangkan dan megujakan yang kita sendiri tiupkan. Tak siapa yang akan dan dapat tahu.
Sah anak Tun seorang ini masih memerlukan tongkat untuk ‘berjuang’ rupanya.
Anak Bapak!
Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.
Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih. Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.
“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir, yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer (MobTV).
“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.
“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.
Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).
“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; tapi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baik, atau kahwin sesama lelaki itu baik.”
Siapa sebenarnya dalang yang telah mentarbiah anak Tun itu untuk menyertai Bersih?
Siapa juga dalang sebenarnya yang telah membentuk anak Tun itu untuk memberikan sokongan kepada LBGT?
Seperti Tun akui, ‘sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri’.
Tun pun ada membuat kenyataan yang orang cerdik dah lama tak menyertai parti Tun. Mereka yang cerdik masuk PAS. Tun kata parti Tun dah busuk.
Sebab tu Tun tak perlu risau, anak Tun yang seorang ni memang boleh berfikir sendiri. Betul!
Anak Bapak!
So….. ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagi kami dan bagi kedua ibu-bapa kami serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan