DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 17, 2012

BSK 293. Isra’ Mikraj, solat dan ketibaan bulan Nabi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Diam tak diam kita ketika ini berada dihari-hari terakhir bulan Rejab. Hari ini sudah 27 Rejab 1433H bersamaan 17/06/2012.

Semoga kita telah memuliakan bulan ini selari dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah SWT akan muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat ” .

Dua tiga hari lagi Syaaban, bulan Rasulullah SAW akan tiba. Semoga kita juga dikurniakan keberkatan di bulan yang akan tiba ini nanti.

No2055

Rejab mengingatkan kita kepada peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Peristiwa besar itu berlaku pada tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah SAW dan setahun sebelum Baginda berhijrah ke Madinah.

Nabi Muhammad SAW diiringi Malaikat Jibril diperjalankan pada waktu malam hari berangkat dari masjidil Haram di Makkah menuju ke masjidil Aqsa di Baitul Muqadis di Palestin dan kemudiannya di angkat mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha. 

clip_image002

Surah al-Israa’ ayat 1 yang bermaksud: “ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ada gambaran yang mengembirakan dan ada yang menakutkan.

Di malam itu Baginda menerima perintah melaksanakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam secara terus dari Allah SWT.

Solat lima waktu yang difardukan kepada umat Islam yang merupakan penghulu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan semasa sihat atau sakit.

Umat Islam di negara kita di serang gejala sosial dalam pelbagai bentuk. Contoh, pelacuran, pembuangan bayi, dadah, dan arak, Terkini LBGT, singkatan untuk lesbian, gay, biseksual dan transgender. LBGT menerusi Seksualiti Merdeka (SM) bermatlamat memperkasakan golongan homoseksual.

Kerana hebatnya serangan yang diterima, kita hilang pedoman untuk mengatasinya.

Kita perlu balik ke basic. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral yang dideritai umat Islam datangnya daripada solat yang tidak khusyuk. Mereka ini melakukan solat tetapi masih juga melakukan perbuatan keji, maksiat dan yang berdosa.

Solat dibuat secara lalai, boleh mendatangkan musibah. Juga memberi kesan buruk terhadap kelakuan seseorang.

clip_image002[35]

Maksud firman Allah dalm surah al-Maa’un, ayat 5: Maka kecelakaan besar bagi orang yang Sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perbezaan antara manusia dan perbezaan antara syirik dan kufur ialah meninggalkan solat. (HR Muslim)

Solat tidak khusyuk membawa kepada keburukan akhlak dan keruntuhan moral dikalangan umat Islam.

Ramai lagi yang istiqomah tidak mahu mengerjakan solat dan fenomena ini memudahkan dan mempercepatkan serangan gejala sosial dan keruntuhan moral di negara kita ini.

Kita mesti yakin dengan pelaksanaan solat yang khusyuk dan ikhlas berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam dalam menghadapi serangan gejala sosial ini

Kerana solat, satu amalan yang Allah SWT firmankan dapat mencegah berlakunya kemungkaran kepada seseorang itu. Surah al-Ankabut Ayat 45 :

clip_image002[33]

Maksudnya: “ Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan .

Yang pasti, solat tonggak kekuatan agama. Kita umat Islam perlu melaksanakan ia dengan ikhlas dan penuh khusyuk. Demi kebaikan kita semua.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami akan solat kami, puasa kami dan permohonan kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India