DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Jun 19, 2012

BSK 294. Syaaban, amalan dan larangan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini 29 Rejab 1433H bersamaan 19/06/2012. Mengikut kalendar, bulan Rejab akan berakhir esok, 20/06/2012.

Dengan itu kita akan menyambut ketibaan Syaaban pada hari Khamis, 21/06/2012.

No2090

Kami coretkan serba-sedikit mengenai bulan Syaaban. Jom…..

Sabda Rasulullah SAW: Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

  • Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
  • Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
  • Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
  • Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Kita dilarang berpuasa sunat apabila tinggal separuh bulan Syaaban.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.

Kenapa? Jom baca lagi…..

Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya Oleh itu ia tidak menggalakkan umatnya melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat pada diri atau menimbulkan rasa berat atau malas untuk menjalankan kewajipan yang diperintah.

Contohnya, kita tidak digalakkan untuk berpuasa sunat, sama ada sunat hari Isnin atau Khamis dan lainnya selepas 15 Syaaban.

Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban itu.

Tetapi, ada juga pengecualian kepada larangan berkenaan. Pengecualian kepada:

  • mereka yang puasa qadha'
  • orang yang sentiasa melakukan amalan puasa sunat yang bertepatan dengan hari berkenaan.

Terdapat juga larangan berpuasa pada hari yang diragukan atau hari syak.

Daripada Abu al-Yakzan iaitu Amar bin Yasir r.a. katanya: Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan apakah bulan syaaban sudah habis atau bermulanya sudah bermulanya bulan ramadhan, sesungguhnya ia telah melanggar perintah Nabi s.a.w.

Hendak tahu mengapa? Jom baca-baca lagi…..

  • Salah satu bentuk persiapan dalam menghadapi Ramadhan yang seharusnya dilakukan oleh kaum muslimin adalah menghitung bulan Syaaban, kerana satu bulan dalam hitungan Islam adalah 29 hari atau 30 hari sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW: "Satu bulan itu 29 malam. Maka jangan berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika kalian terhalang (dari melihatnya), maka genapkanlah 30 hari." (al-Bukhari).
  • Puasa Ramadhan adalah puasa yang diwajibkan oleh Allah ke atas orang-orang mukmin dan ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang Lima.
  • Sesungguhnya setiap ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai rukun dan syaratnya yang tertentu dengan tujuan melatih kita menjadi umat yang bersistem dan berperaturan, sesuai dengan matlamat Islam untuk menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

Itu sahaja yang ingin kami kongsikan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu masukkanlah kami didalam golongan orang-orang yang ,menjadi saksi tentang keesaanMu. Amin.

Wassalam.

[Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)]

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India