Bismillah.
Assalamualaikum.
Rakyat Mesir sedang didalam proses memilih presiden baru mereka. Pertembungan diantara calon Ikhwanul Muslimin, Mohd Morsi dan Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri rejim Hosni Mubarak, xPresiden Mesir.
Mesir akan memperolehi Presiden baru. Apa pula nasib xPresiden terdahulu?
Laporan awal menyatakan belas pemimpin itu sudah ‘mati klinikal’ iaitu merujuk kepada keadaan peredaran darah, pernafasan tidak lagi berfungsi dan aktiviti bahagian otak juga berhenti.
Namun pegawai tentera Mesir menafikan laporan awal itu, sumber lain dalam tentera dan agensi keselamatan berkata, Hosni Mubarak masih hidup dan menolak takrifan ‘mati klinikal’ ketika menjelaskan keadaannya.
Yang pasti bekas pemimpin yang berusia 84 tahun itu semakin tenat dan memerlukan bantuan alat penafasan untuk hidup.
Kita sebagai rakyat yang memilih pemimpin. Pemimpin datang dan pergi. Apa pula nasib kita yang memilih pemimpin-pemimpin tersebut? Jika kita tersalah memilih pemimpin yang tidak diredhai Allah SWT?
Persoalannya bukan nasib kita di dunia ini tetapi di dunia yang kekal abadi nanti.
Ayat 166-167 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
Ayat 66-68 surah Al-Ahzab yang bermaksud:
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
Cuba kita fikir-fikirkan fakta berikut:
Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
Organ mana yang menerima rasa sakit? Tentunya kulit kan-kan.
Cuba pula kita fikir-fikirkan ayat 56 dari surah An-Nisaa yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai kawan-kawan, memilih pemimpin ada impak secara langsung kepada kita. Di dunia dan terlebih penting di akhirat. Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, campakkanlah kepada kami rasa cinta kepada iman dan hiaskanlah ia di dalam dada kami.Ya Allah campakkanlah kepada kami rasa benci kepada kekufuran, kefasikkan dan kemaksiatan. Jadikanlah kami dari golongan orang yang cerdik. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan