Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami ingin berkongsi, well….. boleh kami katakan disini pesanan atau kesedaran atau awareness yang dibuat oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Pesanan kepada kita semua, rakyat Malaysia agar sedar betapa pentingnya talian 999.
Kesedaran yang mahu diterapkan adalah:
- 999 talian hayat kita, gunakanlah secara bijak
- Jangan melenyapkan peluang orang yang benar-benar memerlukan perkhidmatan kecemasan talian 999.
- Jangan salah guna talian 999
- Fikir nasib keluarga kesayangan kita sebelum jejaskan nasib orang lain.
Nombor talipon Bomba terdekat dengan rumah kita adalah talian kecemasan alternatif.
Sebagai satu panduan umum, perkhidmatan kecemasan 999 hendaklah dihubungi jika nyawa seseorang dalam bahaya atau ada kemungkinan besar kehilangan atau kemusnahan kepada harta benda.
Untuk perkhidmatan yang bukan berbentuk kecemasan, dapatkan dan hubungi nombor telefon balai bomba terdekat kita.
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Cawangan Seremban berada di Seremban 2. Boleh dihubungi seperti berikut:
- Tel: 06-6011900
- Fax: 06-6011040
- E-mail: ict@bombans.gov.my
Tatacara Membuat Panggilan
Bercakap dengan tenang dan jelas.
- Mula dengan memberi maklumat diri - nama dan nombor telefon
- Jenis peristiwa – kebakaran atau kemalangan dan sebagainya
- Beri lokasi/tempat/daerah/negeri
- Maklumat peristiwa – apa yang terbakar, apa yang terlibat dalam kemalangan, bilangan mangsa mati, hidup tersepit/terperangkap
- Kerjasama dalam memberi maklumat selanjutnya yang dikehendaki oleh operator
Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat meningkatkan tahap awareness dalam diri kita tentang pentingnya nombor 999 itu dan impaknya jika disalahguna.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung denganMu daripada segala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Ya Allah, tolakkanlah daripada kami sekalian bala dunia dan akhirat, dan juga bencana dunia dan bala bencana akhirat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan