Bismillah.
Assalamualaikum.
Sabtu, 23/06/12 kami dan abang ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bandar Sri Putra.
Ustaz Ahar Idrus beri ceramah kat sana lepas solat Maghrib hari tu.
Seremban dan KUIS tak jauh. Lebih kurang 30km sahaja.
Nak tengok ustaz paling popular kat Youtube ketika ni secara live.
Kami memulakan perjalanan lepas Asar. Seperti biasa abang yang drive. Untuk kemudahan kami naik Kancil je.
Entah kenapa, dalam perjalanan yang memakan masa tak sampai setengah jam tu, tiga kali perut ni meragam. Tahan je le.
Tiba kat KUIS, sejurus selepas parking dan dalam perjalanan ke masjid, perut ni memberi isyarat sekali lagi. Final warning! Kami faham dengan isyarat yang diterima, kena cari lokasi pelupusan dengan segera.
Alhamdulillah, terhindar dugaan!.
Gerai-gerai disepanjang jalan ke masjid. Belum ramai pengunjung, waktu baru jam 5.54 petang.
Hampir jam 6.15 petang kami melangkah masuk kat dewan solat. Kami nampak abang dah duduk kat, rasa-rasanya saf nombor 3 atau 4. Kami pun join abang. Maghrib pukul 7.27 malam. Kat sejam juga kena tunggu. Takpe.
Kami teringat kata-kata ustaz yang mengetuai kelas tafsir setiap hari Rabu, agar perbanyakkan zikir, tak kisah kat dalam kereta atau dalam bas, jangan biar masa berlalu atau terbuang.
Betul kata ustaz tu. Ni ada banyak masa Allah berikan. Maka kami pun memulakannya. Apa yang terlintas kat fikiran tu semua kami zikirkan.
Dalam berzikir tu mata melilau juga. Pandang kiri kanan. Depan belakang. Kalau-kalau ternampak ustaz Azhar masuk kat dewan solat. Boleh juga berjabat tangan.
Mengenai berjabat tangan ni. Ada ustaz yang memberi tazkirah kat opis, lama dah, kami tak ingat siapa dan kat opis mana tetapi kami masih ingat kata-kata beliau.
Banyakkan bersalam dengan ulama dan pak ustaz ni.
Bila di Padang Masyar kelak, Nabi Muhammad SAW telah lama masuk syurga. Kerana Baginda manusia pertama yang memasuki syurga.
Yang tinggal lama kat Padang Masyar adalah pak-pak ustaz. InsyaAllah mereka mengenali kita melalui salam kita dengan kuasa Allah SWT. Dengan kuasa Allah juga kita akan mendapat syufaat melalui mereka ini. Wallahualam.
Walauapapun, sememangnya betul penantian adalah satu penyeksaan, itu jika kita tidak berbuat apa-apa. Hmmm…..
Kami toleh kiri dan terlihat hamba Allah seorang ini sedang solat sunat.
Ustaz Azhar ke tu?
Dari sisi, ada iras-iras raut wajah Ustaz Azhar Idrus. Tapi bukan dia. Macam je.
Jom kami paparkan apa yang sempat kami klik-klik masa penantian masuk waktu Maghrib.
Kat atas gambar krew-krew (ada juga dari Astro Oasis, katanya) sedang memasang dan memeriksa kamera untuk merakam sessi ceramah.
Gambar satu lagi tu saja kami ambil, nak tunjuk meja yang disediakan untuk penceramah.
Gambar kat bawah ni selepas solat Maghrib.
Gambar paling atas tu, pengacara majlis sedang menenangkan jemaah yang dah ramai berkerumun kat depan meja penceramah. Ustaz Azhar belum sampai. Jem kat pintu masuk disisi masjid. Dikatakan pak Ustaz kena tahan. Ramai nak bergambau dengan dia.
Gambar kedua, Ustaz Azhar sedang mengambil kedudukan untuk memulakan majlis ilmu beliau.
Gambar ketiga, pandai buat kelakar Ustaz Azhar ni. Hadirin sibuk merakamkan gambar dia. Dia pun sibuk merakamkan gambar hadirin dengan handphone dia. Kecik handphone tu ustaz! Pakai yang besau macam yang digunakan oleh mamat sebelah tu baru canggih.
Gambar seterusnya, Ustaz Azhar memulakan sessi.
Sessi dimulakan selepas solat Maghrib. Solat Isya pula didirikan pada jam 10.15 malam selepas soalan terakhir dijawab oleh Ustaz Azhar. Kerana terlalu ramai hadirin, kedudukan imam semasa solat Isya betul-betul di dinding hadapan.
Selepas solat Isya, pak ustaz nak beredar, berkerumum hadirin nak bersalaman. Kami terus beredar keluar. Nak hubungi abang. Abang terpaksa keluar sebaik habis solat. Nak terkucil sangat katanya.
Sesak semasa nak keluar dari perkarangan KUIS. Tapi tak lama. Ramai pengawal yang menjaga trafik. Tersusun juga perjalanan kenderaan yang mahu keluar. Ada juga yang memotong que tetapi dua tiga kenderaan sahaja.
Kami sampai kat rumah, rasa-rasanya jam 11.30 malam.
Memang kami akui, sessi bersama Ustaz Azhar Idrus memang tidak menjemukan. Kami rekomen kawan kawan menghadiri sessi beliau jika ada peluang.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah faham kami. Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu, wahai yang Maha Penyayang. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan