Bismillah.
Assalamualaikum.
Parlimen Malaysia merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara. Ia terdiri daripada tiga komponen utama:
- Yang Di-Pertuan Agong
- Dewan Negara
- Dewan Rakyat
Terbaru, seorang penggubal undang-undang mencadangkan agar seorang rakyat negara ini digantung sampai mati.
MP Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen semalam, mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong.
MP Seri Gading itu mendakwa Ambiga sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
Menyentuh isu berkenaan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkaitan cadangan agar Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati adalah pandangan bersifat peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional (BN).
Cadangan peribadi ke atau pandangan peribadi ke atau gurauan ke, atau main-main ke, ianya telah disebut di Parlimen, tempat undang-undang negara kita Malaysia di gubal.
Ianya pasti menjadi tajuk perbincangan dalam dan luar negara. Kerana ia dicadangkan oleh seorang penggubal undang-undang di dewan menggubal undang-undang.
Bukan disebut oleh orang biasa di warung kopi tepi jalan.
Winable candidate!
Negara kita baru-baru ini mendapat pengiktirafan dari badan antarabangsa.
- World Justice Project meletakkan Malaysia di tangga pertama negara paling selamat diantara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dunia. Secara keseluruhannya pula Malaysia dikedudukan ke-12, mengatasi negara-negara kuasa besar dunia, AS dan Britain.
- Global Peace index menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati kadar ketakutan rakyat Malaysia terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus iaitu daripada 33 peratus pada tahun 2010 kepada 21 peratus tahun lalu.
Bukti pelabur yakin terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan Malaysia, pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lalu berbanding kedudukan ke-21 pada tahun 2010.
Dengan pencapaian seperti itu, kita seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat. Yo ko!
Adakah insiden di Parlimen, membuat kita bangga dan merasa selamat?
Adakah insiden itu digemari oleh bakal pelabur dan pelabur sediada di Malaysia?
Kata-kata atau kenyataan seorang penggubal undang-undang mempunyai impak besar dan mendalam kepada negara.
Kata-kata atau kenyataan itu mungkin boleh ditarik balik tetapi impak atau kerosakan yang berlaku mungkin tidak dapat dibaiki dalam waktu terdekat.
Kerana mulut badan binasa, kerana kata rosak negara. Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon agar Engkau melindungi kami daripada kejahatan pendengaran kami, pandangan kami, pertuturan kami, hati kami dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit. Kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan