DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Jun 07, 2012

BSK 290. No plat no pendaftaran WWW

Bismillah.
Assalamualaikum.

No2138

Isu nombor pendaftaran atau plat kereta bermula dengan WWW masih belum reda.

Nombor WWW 1 dan WWW 15 nampaknya lebih mencuri tumpuan dari nombor-nombor lain.

Isu WWW 1 secara rasminya dikatakan dimulakan oleh xMB Perak dari laman twitter beliau. Memberi pandangan dan teguran kerana jumlah bidaan untuk nombor plat berkenaan mencecah RM0.52 juta.

Pembida bertuah yang mendapat nombor berkenaan, well 1Malaysia dah tahu. Tak payah disebut lagi.

WWW 15 dikatakan dibida oleh seorang menteri dengan nilai RM24k. Menjadi isu kerana jawapan flip-flop yang diberikan oleh Pak Menteri.

Akhirnya dikatakan nombor WWW 15 di beri free oleh JPJ kepada beliau.

Harubiru dibuatnya, hanya kerana nombor pendaftaran atau plat kereta.

Berikutan dari laman twitter itu, dilaporkan ada rakyat di selatan tanah air yang membuat bantahan kepada xMB Perak itu dan membuat laporan polis. Walaupun xMB berkenaan telah meminta maaf atas teguran yang dibuat.

Adakah isu berkenaan ada impak kepada rakyat bawahan?

Jika diamati dari satu sudut memang tidak ada apa-apa impak kepada umum. Tidak menjadi kesalahan apa-apa pun.

Tetapi jika kita halusi isu berkenaan, kita akan sedar bahawa yang membida bukan orang sembarangan. Seorang ketua negeri. Yang diamanahkan dengan urusan agama. Islam!

Tidakkah wajar masih ada orang yang berbaik sangka memberi pandangan dan teguran agar institusi yang dipandang tinggi ini kekal ditahap yang sewajarnya.

Rakyat memerhati. Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon syurgaMu dan segala kenikmatannya, dan juga sesuatu yang dapat mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. Dan kami berlindung denganMu daripada neraka dan sesuatu yang boleh mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India