Bismillah.
Assalamualaikum.
XPresiden Mesir, Hosni Mubarak dikatakan telah meninggal dunia. Khabar angin menyatakan kematian xPresiden itu tersebar luas di Kaherah.
Sebenarnya xPresiden itu dilaporkan semakin kritikal dan berulang kali tidak sedarkan diri sejak dihantar ke penjara Torah di pinggir bandar raya ini untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Sekarang ini bergantung hidup dengan makanan cair dan dadih. Kesian!
Adakah dihari-hari mendatang, beliau dapat melihat terbitnya matahari? Dan masih boleh memenafaatkan nikmat dari Pencipta-nya?
Well…. semua itu dalam genggamanNya. Hanya Dia yang mengetahui.
Dilahirkan pada 04/05/1928, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak atau Hosni Mubarak, adalah Presiden Mesir yang ke4. Memerintah Mesir dari tahun 1981 hingga 2011. Beliau merupakan presiden yang paling lama memerintah Mesir. Hampir 29 tahun.
Beliau menggantikan Presiden Anwar El Sadat atau Anwar Sadat, yang terbunuh pada 06/10/1981.
Sebelum menjadi Presiden, beliau adalah seorang komander dalam Tentera Udara Mesir.
Terpaksa mengundurkan diri sebagai presiden pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir semasa revolusi Mesir 2011, yang tercetus berikutan ‘virus’ Arab Spring yang melanda negara-negara Arab.
Kerajaan Mesir dibawah pemerintahan beliau mendapat restu negara-negara Barat dan menerima sumbangan dana tahunan berterusan daripada Amerika Syarikat.
Restu dan sumbangan yang diterima, dibayar dengan mengekalkan polisi menekan golongan yang dikatakan militan Islam dan perdamaian dengan rejim Zionis.
Hebat pengorbanan yang diberikan oleh manusia yang bernama Hosni Mubarak ini.
Negara Mesir dibawah pemerintahan beliau dikatakan mengekalkan undang-undang darurat, dan menyaksikan kekejaman polis. Negara itu dilanda masalah ekonomi dan juga berleluasanya korupsi.
Akibat terlalu lama dihimpit dan tertekan, rakyat Mesir dihinggap wabak. Mesir dilanda virus Arab Spring. Virus yang tidak ada ubat yang dapat mengatasinya. Mengorbankan rejim Hosni Mubarak yang berusia 29 tahun di bumi Mesir.
Bagi membendung virus yang menyerang rejim Hosni Mubarak, pemimpin-pemimpin Islam yang memegang tampuk pemerintahan (yang dah terlalu lama memerintah) perlu muhasabah diri dan mencari tokoh-tokoh Islam untuk dijadikan ikutan.
Islam mempunyai banyak tokoh pemimpin yang boleh diikuti. Contoh terbaik, khalifah yang 4, Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Juga Khalifah Umar Abdul Aziz.
Ditakuti, bila rakyat sudah menyatakan pendirian dan ianya diizinkan oleh Allah SWT, maka tunggu dan lihatlah.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan