DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Jun 20, 2012

BSK 295. Transformasi impian janji ditepati

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak perdana menteri Malaysia, PM ke-6 kita adalah yang paling glamour. Cerita dan kisah sentiasa berada di TV dan kerap bertandang ke stesen-stesen radio.

Tanpa mengenal penat lelah, membicarakan tentang ‘transformasi’. Segala bidang kat negara ni perlu dan nak di transformasikan.

Diwarwarkan demi kebaikan negara, terutamanya untuk kebaikan kita semua ni, rakyat 1Malaysia yang amat beliau kasihani.

Beliau dilaporkan mempunyai empat impian untuk 1Malaysia. Dan beliau komited bagi merealisasikannya demi masa depan negara yang lebih baik. Tak salahkan kami nak share-share, kongsi-kongsi impian PM 1Malaysia yang 1ini.

No2142

Jom-jom kita halusi impian PM ke-6 1Malaysia…..

  • impiannya adalah untuk melihat negara ini lebih aman, selamat dan harmoni
  • selain melihat rakyat memperoleh pendapatan lebih tinggi menerusi program transformasi bandar serta luar bandar
  • beliau juga mengimpikan untuk mewujudkan peluang lebih baik kepada rakyat di bawah langit biru 1Malaysia bersama rakannya dalam Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited membantu rakyat
  • impian terakhir saya adalah untuk mengetuai usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan kukuh demi generasi masa depan

Lebih penting, PM ke-6 1Malaysia itu berkata, beliau bukan seorang pemimpin suka berjanji sesuatu yang sukar dilaksanakan dan tidak mahu diingati sebagai pemimpin mungkir kepada janji.

Janji ditepati!

“Saya tidak mahu cakap mengenai pembangkang yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapatkan sokongan semata-mata. Anda (pembangkang) boleh memperbodohkan rakyat dengan menipu sekali-sekala tetapi tidak boleh menipu sepanjang masa,” kata PM Malaysia yang paling pemurah itu.

InsyaAllah, rakyat kini sudah pandai membuat penilaian dan pemilihan, sudah pandai menilai dan memilih mana satu costume jewellery dan mana satu berlian, mana satu bunga ori dan mana satu bunga hiasan.

InsyaAllah boleh!

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan dengan Mu daripada kawan yang menipu, matanya melihat kami dan hatinya menjaga kami; sekiranya dia melihat kebaikan dia menyembunyikannya; sekiranya dia melihat keburukan dia menyebarkannya. Kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India