DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 03, 2012

BSK 288. Sokong Shafie Apdal pilihan raya bukan eksperimen

Bismillah.
Assalamualaikum.

No1996

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan rakyat terutama golongan muda agar tidak sesekali menjadikan pilihan raya sebagai eksperimen.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata pilihan raya adalah tanggungjawab rakyat untuk menentukan masa depan negara.

Kami teramatlah setuju dengan saranan beliau itu. Pada kami memang terbaik!

Banyak sebab why kami memberi sokongan padu. Jom ikut…..

Kementerian Belia dan Sukan memohon maaf sekiranya persembahan artis Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilapor berjanji bahawa pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

  • Haru bila mereka yang menerajui kementerian tidak peka atau tidak pasti yang mana satu sopan yang mana tidak.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya. kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka.

  • Adoi! Beliau berpuluh-puluh tahun menerajui parti itu, dua puluh dua tahun weh. Zaman siapa agaknya mula orang pandai tak mahu sertai parti itu?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lemah kerana zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ketua Umno Bahagian Johor dua hari lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN untuk pilihan raya akan datang.

Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988 apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya kekal sehingga ke hari ini.

"Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana menteri," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

  • Siapa yang pilih Pak Lah? Tak ada orang lain ke yang berkebolehan untuk menjadi PM? Lupa! Orang pandai dah berpuluh-puluh tahun tak masuk parti Tun. Kebanyakkan doktor masuk Pas. Well….. manusia terutama Melayu mudah lupa.

“Ia tidak boleh dijadikan mainan atau percubaan (eksperimen) kerana jika tersalah pilih, padahnya selama lima tahun. Amalan demokrasi yang memberikan kebebasan kepada rakyat tidak seharusnya disalahgunakan.

“Ia sebaliknya wajar digunakan dengan bijak, apatah lagi untuk memilih kerajaan bagi menerajui negara,” katanya ketika berucap pada Program ‘Raub Challenge’ anjuran GiatMARA di Kampung Pamah Kulat, Dong.

  • Bukankah bernas dan terbaik kata-kata dan penjelasan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah faham kami. Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu. Wahai yang Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India