DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Jun 06, 2012

BSK 289. Belia ‘Power Brokers’ PRU13

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ingatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada rakyat terutamanya golongan muda atau belia agar pilihan raya tidak dijadikan mainan atau percubaan (eksperimen) semestinya dipandang serius.

“Ia tidak boleh dijadikan mainan atau percubaan (eksperimen) kerana jika tersalah pilih, padahnya selama lima tahun. Amalan demokrasi yang memberikan kebebasan kepada rakyat tidak seharusnya disalahgunakan.

“Ia sebaliknya wajar digunakan dengan bijak, apatah lagi untuk memilih kerajaan bagi menerajui negara,”.

“Rakyat tidak seharusnya menyalahgunakan hak mereka pada pilihan raya atau menjadikan pilihan raya sebagai percubaan, sebaliknya pilih kerajaan yang boleh membela dan melaksana pembangunan,”.

Kenapa golongan muda atau belia menjadi tumpuan parti pemerintah dan juga pembangkang?

No2139Mereka merupakan ‘power brokers’ ketika ini.

Golongan muda atau beliau berjumlah 12.5 juta orang. Dan mereka mewakili 45% penduduk negara kita ini.

Jika mereka menunaikan amanah dengan keluar mengundi, maka golongan muda atau belia ini yang akan mencorak dan menentukan kerajaan menerusi PRU13 nanti.

Fenomena terbaru meyaksikan kecenderungan belia yang tergolong dalam kelompok pengundi muda mahu menjadikan pilihan raya sebagai pentas eksperimen memilih pemimpin dan menentukan kerajaan. 

Fenomena baru ini dikesan dalam kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), jika benar berlaku akan memberi kesan besar kepada senario politik tanah air.

Fenomena ini membimbangkan golongan yang menerajui kerajaan ketika ini.

Kerana fenomena ini disifatkan sebagai permulaan kepada doktrin politik tidak berintegriti kerana dikatakan pemilihan pengundi nanti tidak lagi dibuat mengikut kematangan dan rasional akal, sebaliknya menjurus kepada kata hati.

Dinyatakan lagi sepatutnya sebagai pengundi muda, mereka perlu bijak laksana tanggungjawab memilih parti mempunyai dasar konkrit, perancangan rapi, program pembangunan jelas dan hala tuju bagi membangunkan negara dan memakmur rakyat.

Pada hemat kami golongan muda atau belia di negara kita ini, kebanyakkannya telah matang dan mampu menilai yang mana permata dan yang mana kaca.

Mereka keluar berhibur, ke konsert percuma yang dianjurkan oleh sebuah kementerian untuk mereka baru-baru ini. Dihiburkan oleh artis semenanjung Korea dan juga artis tempatan. Dikatakan bayaran artis-artis ini ditaja dan jumlahnya bukan kecik anak. Dikhabarkan juga artis luar negara menerima lebih bayaran berbanding artis tempatan.

Ramai yang hadir menyaksikan konsert berkenaan. Berjuta rasanya.

Seperti pendapat seorang mantan PM, jumlah besar yang hadir tidak semestinya menterjemahkan kepada undi yang akan diberikan.

Itu yang dibimbangkan. Berjuta hadir, seciput menyokong.

Dengan usaha mantan PM kita Tun Mahathir, maklumat berada dihujung jari. Bukan sahaja belia tetapi warga emas pun telah bijak menapis setiap maklumat berkaitan politik negara yang dimuatkan di internet. Terima kasih Tun.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India