DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 24, 2012

BSK 298. Tiga nilai buruk Pakatan biar rakyat tentukan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami terbaca laporan di Berita Harian Online bertajuk “Tiga nilai buruk Pakatan”. PM 1Malaysia dilihat berani dan tegas memberi kenyataan berikut: 

No2168

Pembangkang menyemai tiga nilai buruk dalam kalangan rakyat negara ini yang boleh menghakis keharmonian dan menjejaskan pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, nilai buruk itu adalah janji tidak pernah ditepati, budi tidak perlu dihargai serta hutang tidak perlu dibayar.

"Apabila mereka berjanji, itu hanya janji politik mereka saja. Apabila kita berbudi (memberi bantuan kepada rakyat) mereka akan sakit hati...

“Hutang pula mereka tidak mahu bayar sedangkan ia ajaran agama dan roh diseksa apabila hutang tidak dibayar,” katanya pada pelancaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat Peringkat Kebangsaan di Pulau Carey, Kuala Langat, semalam.

Namun, apabila menerima cabaran untuk berdebat dengan pemimpin Pakatan agar rakyat boleh menentukan agenda siapa lebih baik, beliau terkedu pula. Tak mahu menyahut cabaran yang diterima. Seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini:

No2163

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang,"  katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.

Kami khuatir rakyat akan melihat sepertinya PM 1Malaysia kita itu hanya berani dan tegas berkata-kata bila ianya ‘1way communication’ dan bila dikelilingi oleh juak-juak sahaja. Itu pada kami syok sendiri. Bila diacah sedikit seolah-olah demam atau meroyan.

No2166

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.

"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.

Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.

"'Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.

PM 1Malaysia melaksanakan banyak ‘transformasi’. Transformasi bandar, luar bandar, dan banyak lagi. Segala bidang di transformkan.

Boleh dapat gelaran Bapa Transformer ni.

Tapi rasa-rasa kami, transformasi diri sendiri dahulu lebih bermakna.

PM! Transform!

So….. ya Allah ya Tuhan kami, lapangkanlah bagi kami dada kami dan mudahkanlah bagi kami tugas dan urusan kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India