Bismillah.
Assalamualaikum.
Ketika ini cerita paling menarik tentunya pasal bola. Euro 2012 baru bermula.
Malam tadi pasukan kegemaran kami memulakan perjuangan. Belanda! Malang sekali kecundang. Mereka menentang Denmark. Kecundang 1-0.
Sebenarnya bukan minat sangat pun nak menonton. Tak tengok pun perlawanan malam tadi.
Saja-saja je ambil tahu. Sebagai modal bercerita. Masa berborak dengan kawan-kawan. Itu sahaja. Kena juga tahu serba sedikit perkembangan semasa.
Lepas Euro 2012 akan ada satu lagi acara besar. Sukan Olimpik 2012.
Kedua-dua acara, Euro dan Olimpik 2012 menjadi tumpuan dunia. Kita kat Malaysia pun memberi tumpuan.
Yang menarik, Olimpik 2012 kebetulan diadakan semasa umat Islam menyambut Ramadan. Hmm…..
Ramadan 1433H, insya’allah bermula pada 21/07/2012.
Sukan Olimpik 2012 dijadualkan berlangsung di London bermula 27 Julai sehingga 12 Ogos, sebanyak 204 buah negara menyertai sukan ini termasuklah negara Islam. Kira-kira 10, 250 atlet akan bertanding dalam 300 acara dan 26 sukan.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa terhadap atlet beragama Islam yang akan menyertai sukan Olimpik pada bulan Ramadan bermula 27 Julai ini.
Mapim berpandangan walaupun Malaysia mempunyai peserta bukan Islam tetapi bagaimana dengan peserta Islam yang bertanding bagi acara yang tidak sesuai untuk berpuasa sama ada etika berpakaian yang tidak sesuai dengan Islam.
Setiausaha Agung, Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid juga berkata, adalah tidak sesuai untuk umat Islam menggadaikan kesucian Ramadan hanya kerana hendak mengejar medal Olimpik.
"Bila acara dunia seperti ini memulakan pada bulan Ramadan pun kita tidak kisah, maka sudah menjadi alasan mereka tidak ambil kisah tentang sensitiviti agama selepas ini," katanya.
- Adakah barat selama ini memberikan tumpuan dan mengambil kisah senstiviti agama terutama agama Islam dan umat Islam?
Terdahulu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, terpulang kepada atlet berkenaan sama ada mahu meneruskan puasa mereka apabila beraksi di pentas Olimpik nanti walaupun beliau secara peribadi menganggap bersukan juga satu perjuangan dan ada ketikanya ibadat itu dibolehkan untuk digantikan pada waktu lain.
Kita tolak ketepi isu ganjaran yang bakal diterima jika atlet negara membawa pulang pingat.
Satu-satu acara sukan itu tidaklah mengambil masa selama satu bulan untuk dipertandingkan. Paling lama pun seminggu. Itu pun harinya berselang-seli.
Jika acara sukan yang tidak memerlukan kudrat tenaga yang ektrim kan masih boleh terus berpuasa.
Bagi yang bertanding bagi acara yang tidak sesuai untuk berpuasa, contoh acara badminton atau lumba lari, terpulang.
Jika atlet perlu bertanding dengan berpakaian yang tidak sesuai dengan Islam. Diri sendiri lebih mengetahui. Islam ada garis panduan mengenai bersukan dan etika mengenainya. Tidak berubah, samada di bulan Ramadan atau bulan-bulan lain.
Pada kami, atlet yang benar-benar komitted pada agama dan misi sukan mereka masih boleh terus berpuasa dan ‘berjuang’ di pentas Olimpik.
Kita semua tahu barat tidak ambil kisah pun tentang aktiviti umat Islam, persoalannya, adakah atlet-atlet negara Islam ingin memberi isyarat menyatakan mereka lemah untuk meneruskan cabaran di bulan Ramadan?
Perang Badar Al-Kubra berlaku pada bulan Ramadan. Begitu juga dengan persiapan perang Khandak pada bulan Ramadan. Pembukaan Kota Mekah dan juga Perang Tabuk. Banyak lagi peristiwa-peristiwa besar berlaku pada bulan Ramadan.
Umat Islam terdahulu telah memberi contoh. Cuba, try, test dulu! Berserah kepada Allah SWT.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, perbaikilah untuk kami agama kami yang menjadi pemelihara bagi urusan kami dan perbaikilah bagi kami dunia kami yang didalamnya berlaku kehidupan kami dan perbaikilah untuk kami akhirat kami yang kepadaNyalah tempat kembali kami. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan