DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, November 08, 2010

BSK 133. Bila Dr MAZA Menulis Cerita Dinosaur

Bismillah.

Assalamualaikum.

Banyak lagi komen yang diterima oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung dengan tulisan panas beliau yang membicarakan isu dinosaur.

Kami bersetuju dengan pendapat beliau. Betul seperti apa yang diperkatakan. Tapi kami pun merasakan contoh yang diberikan takkan cuma 1 nama sahaja. Ini yang menyebabkan sebahagian rakyat tidak setuju.

Zaman moden ini, kebanyakkan pemimpin dan rakyat sama sahaja tahap pemikirannya. Malas (bukan tak mahu faham) nak memahami dengan tepat apa yang dikiaskan.

Zaman moden ini, semua terkejar-kejar. Nak cepat cari rezeki, nak cepat buat keputusan, nak cepat makan, nak cepat solat, nak cepat menjatuhkan lawan,  nak cepat jadi millonaire, nak cepat jadi pemimpin, nak cepat kawin, nak cepat dapat anak, nak cepat enjoy, nak cepat, nak cepat, nak cepat. Tapi….. nak lambat mati.

IMG_0778a

Dr Mohd Asri mesti memberikan contoh yang seimbang dan fakta-fakta kenapa dinosaur-dinosaur  itu patut pencen. Baru tidak kabur pemikiran rakyat.

Jika Dr Mohd Asri sebut Anwar Ibrahim kena juga sebut Muhyiddin Yassin. Mereka berdua lahir pada tahun yang sama. Beri sebab, mungkin dah berumur subsidi. Cucu dah ramai. Dah boleh sangat tulis sejarah sendiri.

Jika sebut Hishamuddin Hussein kena juga sebut Salahuddin Ayub. Mereka ini sebaya. Beri sebab, walau pun masih muda tapi dan terlalu lama dalam politik. Macam dah tak glamour. Rasa-rasa indek saham dah nak menurun.

Diatas itu contoh-contoh sahaja. Ingat! Contoh sahaja! Hmmm…..

Sebut sampai 10 orang pun tak apa. Sekali baca sahaja, pemimpin, rakyat, semua abu-abu, semua awang-awang akan terus faham. Selamat kita. Tak perlu otak kena fikir apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh bekas mufti ini.

Taklah akbar-akbar arus perdana membesar-besarkan atau memutar-belit komen Dr Mohd Asri itu. Dan tak lah mereka-mereka ini dan juga rakyat boleh berkata Dr Mohd Asri berpihak kepada parti politik yang memerintah. Baru adil! Selamat lagi kita.

So….. semoga Allah SWT melapangkan dada kita dan memudahkan urusan kita dan dibukakan bagi kita makrifat ilmu dan diberikan cahaya kepada hati kita sebagaimana Dia memberi cahaya kepada matahari dan bulan. Amin.

Wassaalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India