Bismillah.
Assalamualaikum.
Jom kita baca berita mengenai Aidiladha 1431H:
Aidiladha pada 17 November 2010
November 06, 2010
Kuala Lumpur, 6 Nov — Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini mengumumkan bahawa Hari Raya Korban atau Aidiladha akan disambut pada Rabu, 17 Nov ini. — Bernama [Malaysian Insider]
Kita sambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1431H bersamaan 17/11/2010.
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”.
(Riwayat Imam Muslim)
Jika Aidiladha telah ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 17/11/2010, maka hari Arafah atau hari Wukuf mengikut tarikh itu adalah 9 Zulhijjah 1431H bersamaan 16/11/2010.
Mengikut hadis di atas, rakyat Malaysia boleh berpuasa pada 16/11/2010.
Jom kita baca tulisan Dato’ Haji Nooh Bin Gadut mengenai Aidiladha dan hari Wukuf:
Klik sini!
Kami rasa penerangan oleh Dato’ Nooh Bin Gadut boleh menjawab persoalan-persoalan, ragu-ragu atau was-was kita untuk melakukan puasa sunat pada 16/11/2010. Betul?
So….. semoga Allah SWT menerima solat kita, puasa kita dan permohonan kita kerana sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.
Wassalam.
Sabtu, November 06, 2010
Setanak Nasi
Posted in:

0 comments:
Catat Ulasan