DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, November 05, 2010

BFK 112. Cabaran Akhir Tahun

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dekat akhir-akhir tahun banyak dugaan dan cabaran yang rakyat hadapi. Rakyat kecil, besar, tua dan muda menghadapinya.

Kepada mereka-mereka yang menghadapi dugaan dilanda banjir, kami doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Walau apa pun yang berlaku, kami harapkan mereka-mereka ini tabah menghadapi ujian Allah Taala itu.

SPM, STAM dan STP akan bermula tidak lama lagi. Kepada anak-anak kita dan juga pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan-peperiksaan tersebut kami mendoakan semoga diberi ketenangan oleh Allah SWT semasa menjawab soalan-soalan. Kami juga mendoakan kejayaan mereka.

IMG_0766a

Ada yang sedang berusaha membina  masjid. Membina kehidupan baru. Dimulakan dalam musim tengkujuh. Ish ish ish. Setakat ini kami telah menerima tiga kad jemputan dan satu jemputan mulut untuk jemputan walimatul urus ini.

Jemputan pertama adalah pada hari esok, 06/11/2010 di taman kami ini. Majlis untuk anak bekas setiausaha surau kami.

Jemputan kedua dan ketiga pada 07/11/2010.  Satu di Port Dickson, anak kepada rakan kami semasa menjadi tetamu Allah SWT dahulu. Satu lagi di Kampong Bukit Bangkong, anak kepada saudara biras kami.

Yang akhir pada 20/11/2010, kat taman kami juga. Anak kepada AJK surau taman kami.

Keempat-empat majlis ini akan dibuat secara gotong-royong. Kebaikan bergotong-royong, ianya  dapat merapatkan silatulrahim antara tuan rumah dengan saudara-mara dan juga jiran-jiran. Makanan selalunya tidak ada masalah.

Tetapi cara bergotong-royong ini semakin lama semakin kurang mendapat sambutan. Mungkin kerana kepenatan dan juga mereka-mereka yang membantu terpaksa mengambil cuti tahunan. Mungkin juga tidak ramai yang mampu membantu. Masing-masing ada urusan tersendiri yang hendak di laksanakan.

Urusan untuk membeli barang-barang mentah. Periuk belanga untuk kegunaan memasak. Pinggan-mangkuk dan lain-lain untuk majlis lagi. Seperkara lagi yang perlu di fikirkan, tugasan untuk membasuh pinggan-mangkuk dan lain-lain semasa hari bersejarah itu. Juga kerana keadaan rumah yang tak terurus dan perlu dikemas selepas majlis tersebut. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan perlu dibuat.

Di taman kami ini, seminggu sebelum hari majlis dilangsungkan, ada majlis berkampong. Selepas diadakan majlis tahlil dan doa selamat diadakan perbincangan dan dilantik ketua-ketua untuk tugasan-tugasan. Tugasan-tugasan sebelum dan semasa majlis. Selepas majlis selalunya dibawah bidang kuasa tuan rumah.

Sekarang ini katering semakin  menjadi pilihan. Agak mahal dan makanan terhad. Tetapi tuan rumah selesa. Tidak kepenatan dan rumah bersih. Yang sumber kewangan OK, buat kat dewan lagi.

Untuk kemudahan tetamu merapatkan silatulrahim, satu tempat khusus disediakan. Siap dengan kerusi. Tidak mengganggu tetamu nak menjamu selera. Cara ini semua ditanggung beres oleh syarikat katering berkenaan.

Apa-apa pun ianya adalah pilihan tuan rumah. Gotong-royong boleh, katering pun boleh. Kami bantu setakat yang mampu. Insya’allah.

Well, diatas sebahagian dari cabaran diakhir-akhir tahun. Nanti diawal-awal tahun pun ada juga cabaran dan dugaannya. Rakyat dari segenap lapisan juga yang menghadapinya. Kita tunggu…..

So….. semoga Allah SWT jadikan kita dan keluarga kita orang-orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan kita menjadi penenang hati kita. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India