DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, November 04, 2010

BSK 127. Mangsa Pertama Banjir Di Bachok

Bismillah.

Assalamualaikum.

Tiga negeri sedang dilanda banjir. Keadaan di tiga negeri itu bertambah buruk. Berita malam tadi jika tidak salah kami memberitahu sudah 4 kes yang meragut nyawa sehingga semalam. Mangsa pertama adalah di Bachok.

Banjir ragut mangsa pertama di Bachok

Nov 3, 10 10:01am

Seorang kanak-kanak Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di Bachok ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.

Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang.

No0869

"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan kepada anggota keluarga.
- Bernama

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Jaga keselamatan diri dan keluarga. Kepada mereka-mereka yang sedang dilanda banjir, diharap dapat bersabar. Ujian dari Allah SWT kepada kita.

So…..semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan menjadikan kesukaran kita mudah dengan kehendak-Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India