DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, November 03, 2010

BSK 126. RON 97 Dinaikkan 5 Sen Lagi

Bismillah.

Assalamualaikum.

Semestinya kita rakyat Malaysia merasa beruntung kerana sememangnya kita sebagai rakyat memang selalu “didahulukan”. Kali ini rakyat sekali lagi didahulukan dengan kenaikan harga RON 97.

Jom2 kita baca ucapan tahniah dari sebuah parti politik ni:

RON 97: 'Tahniah' kerajaan menyusahkan rakyat
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 2 Nov: PAS mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan Umno BN di atas keputusan menaikkan 5 sen harga petrol RON 97 bermula tengah malam tadi.

Ketika diminta mengulas perkembangan terbaru itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sekali lagi menyusahkan rakyat.

"Tahniah, sebab terus menerus buat keputusan yang menyusahkan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini tanpa sebarang pengumuman.

Berikutan itu, harganya kini menjadi RM2.15 seliter.

Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

"Nampaknya kerajaan sekali lagi mengambil kesempatan tarik subsidi rakyat, kita tak dengar pun ada kenaikan minyak di pasaran dunia.

"Ini terbukti kerajaan akan terus naikkan harga barang, tak kira waktu pilihan raya atau tidak," katanya.

Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011 sebelum ini mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion bagi menarik pelabur dan pelancong.

Bagaimanapun menurut Hatta, dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat.

"Kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat.

"Saya ingatkan kepada rakyat terutama pengundi Galas dan Batu Sapi bahawa akan ada lagi kenaikan harga barang diumum kerajaan Umno BN selepas ini," katanya yang juga Koordinator Protes.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, kenaikan tersebut adalah biasa kerana harga petrol RON 97 sebelum ini diletakkan dalam apungan dan boleh meningkat mengikut pasaran dunia.
[Harakah Daily]

Kita juga diberi amaran yang kerajaan tidak akan lagi mengumumkan setiap kenaikan harga petrol gred premium RON 97 kerana ia akan didasarkan kepada harga purata pasaran.
Klik sini untuk berita penuh!

No0868

Kami gunakan RON 95. Rasanya harga akan naik lagi dalam jangkamasa  terdekat ini.

Well….. tak ada orang besar  nak buat cadangan atau saranan bagaimana rakyat nak hadapi kenaikan harga RON 97 dan berkemungkinan harga bahan api yang lain. Harga barang-barang lain!

Mungkin boleh guna slogan berikut. “Berbasikal berjalan kaki bagus untuk kesihatan”. “Car pool pengangkutan awam memupuk 1Malaysia”. “Puasa santapan rohani”. “Kurang makan untuk hindari penyakit”. Jimat makan untuk  kebahagian keluarga”. “Tak makan lagi baik”.

Yes! Rakyat didahulukan! Dulu, kini dan selamanya!

So….. semoga Allah SWT lindungi kita dari semua kejahatan terutamanya dari kejahatan hamba-hamba Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India