DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, November 06, 2010

BSK 130. PM Dimasukkan Ke Hospital KL

Bismillah.

Assalamualaikum.

PM dah masuk hospital pulak! Ish ish ish. Tidak selesa dalam perut. Endoskopi telah dilakukan ke atas PM. Berita ringkas sahaja, jom kita baca sama-sama:

PM dimasuk ke Hospital Kuala Lumpur

Nov 5, 10 7:08am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi.

- Bernama
[Malaysiakini]

Tak biasa makan nasi, sayur dan sup sahaja. Mungkin taste bud tak berfungsi dengan baik  kerana demam, terpaksa pulak makan makanan yang tak berapa sedap. Terus admitted! Kesian!

IMG_0760a

Tapi kita kena juga consider saranan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa mengenai keadaan sebenar PM kita itu. Jom-jom baca:
Kerajaan perlu berterus terang kesihatan PM

PM Malaysia, rakyat kena prihatin. Jika apa-apa terjadi kepada beliau negara dan rakyat juga yang susah.

Kami doakan semoga PM kita cepat sembuh. Amin.

So….. semoga Allah SWT menjadi penolong kita, kerana tiada Tuhan melainkan Dia dan kepada-Nya jua kita berserah. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India