DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, November 07, 2010

BSK 132. MCA, MIC, Gerakan, PPP Hanya Penonton

Bismillah.

Assalamualaikum.

Interesting juga bila kami baca apa yang dikatakan oleh perwakilan GERAKAN dari Melaka, Gan Peng Lam:

Jom kita baca sama-sama:

Perwakilan GERAKAN selar 'abang dalam BN'

Hazlan Zakaria
Nov 7, 10
7:13pm

Perwakilan GERAKAN hari ini menyelar tindakan kepimpinan "abang dalam BN" yang didakwanya terlalu sombong, sekali gus menyebabkan mereka hilang sokongan.

Isu itu dibangkitkan dalam perbahasan usul ucapan dasar presiden di hari terakhir persidangan parti itu ke 30 di Menara PGRM, Kuala Lumpur hari ini.

Wakil Melaka Gan Peng Lam berkata dalam BN, hanya satu parti dilihat lebih berkuasa daripada parti komponen lain.

"Dalam BN, Umno berdiri melampaui yang lain. MCA, MIC, GERAKAN, PPP hanya penonton," kata Gan.

Beliau memberi contoh bagaimana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, mengumumkan mata pelajaran sejarah wajib lulus di program Umno, ketika ia jelas hal dasar kerajaan.

"Kenapa tidak umumkan selepas sidang media selepas mesyuarat kabinet atau dalam acara lain?" soalnya.
[Malaysiakini]

IMG_0162a

Kelakar juga bila membaca apa yang dikatakan. Takkan selama ini beliau tidak mengetahui perkara itu? Kenapa baru sekarang perkara itu ditimbulkan?

Tapi pada kami parti-parti itu bukan penonton tetapi dituntun. Dituntun untuk mengikut dan bersetuju.

GERAKAN satu masa dulu adalah sebuah parti pembangkang yang kuat di Pulau Pinang. Pada masa itu GERAKAN berupaya membuat keputusan sendiri. Sekarang?

Ada kata-kata yang ahli-ahli GERAKAN perlu fikirkan “dulu lain, sekarang lain”.

Tetapi kami rasa sekarang sudah terlambat. Berkemungkinan pemimpin-pemimpin parti berkenaan sudah ada agenda sendiri.

So….. semoga Allah SWT keluarkan kita dari kegelapan ragu dan muliakan kita dengan cahaya kefahaman. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India