DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Jun 09, 2010

BFK 35. Sebentar Kat Ulu Bendul

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita digembirakan dengan Allah SWT dengan keluarga yang bahagia. Insya'allah.

Isnin lepas kami sekeluarga pergi berkelah. Tak jauh pun. Kat Ulu Bendul je. Saja mandi2, saja tenguk keindahan alam dan beriadah bersama family. Hmmm.....syok gitu. Kepada Che Mat2 yang belum berpunya kena le cari pasangan, baru dapat "feel" macam ni. Haha. Gurau je. 

Jika berkelah tak bawa makanan, tu bukan le berkelah namanya. Apa yang kami bawa sebagai penyedap lidah. Tadaa.....

 Kentang atau keledek? Ni kami beli. Goreng sendiri le.


Anak ke 2 yang bumbukan dan goreng. Menjilat jari gitu.

Wife yang sediakan. Hmmm.....enak.


Ni pun wife yang sediakan. Hmmm.....very nice.


Kalau tak tau yang ni.....susah le.


Tak le penuh box tu yob. Ada juga muruku keras, roti, air asam masin, air sirap dan air biasa. Jika dah sejuk tau2 aje le.....


Kami dah sampai pun kat destinasi.....



Batu tanda kawasan tu.....  

Lihatlah keindahan permandangan yang dikurniakan Allah SWT.....

Cantikkan? Bila kawan2 nak berkunjung? 


Anak2 mandi manda kat sungai tu. Sejuk airnya. Bila dah sejuk, perut pun lapor apalagi pekena le makanan yang kami bawa.....



Kami tunjuk sepinggan je. Nanti kawan2 terkejut plak tengok orang2 lapor makan. Kami takut gak kawan2 terliur. Jari sebelah tu jari isteri tersayang.


Dulu ada taman ular sawa kat sini. Dikatakan ada juga anaconda ditempatkan kat situ. Cuba kawan2 bayangkan kita tengah syok2 mandi manda, tiba2 ada kepala timbul sebelah kita..... Geli geleman yob! Tapi dah tutup. Don't know why.


Pintu masuk taman ular tu. Ada ke lagi penghuninya? Ish ish.


Sebelum zohor kami dah sampai rumah. Tak le lama kat Ulu Bendul. Tapi gembira dan seronok dapat berkumpul dengan keluarga.


So.....bawa le keluarga kat sana. Ada chalet dan kawasan untuk bercamping dan sebagainya. Nak buat family gathering/reunion pun boleh. Terus terang kami katakan kami tak pernah pun bermalam kat situ. Tak terfikir plak. Mungkin kerana dekat sangat kat rumah kot.


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India