DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Jun 24, 2010

BBK 15. Islam & Demokrasi Bab 7 - Prinsip Politik Islam

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga Allah SWT memasukkan kita kedalam golongan yang mencintai ilmu. Insya'allah.

Sedang membaca bab 7 - Prinsip Politik Islam, buku Islam &  Demokrasi hasil nukilan Tuan Guru Presiden PAS.

Bab 7 berkenaan.


Tuan Guru menerangkan prinsip tersebut terkandung didalam surah an-Nisa ayat 58 - 59.


"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum dikalangan manusia, hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri dari pemimpin dan ulama). Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al-Quran) dan rasul (sunah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."


Ibnu Taimiyyah menghuraikan, bahagian pertama ayat ini ditujukan kepada pemimpin2 kerajaan yang memerintah dan bahagian yang kedua dimasukkan peranan yang perlu dilakukan oleh rakyat.


So.....jika ingin mengetahui lebih lanjut topik yang menarik ini bacalah buku tersebut.


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India