DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 27, 2010

BSK 18. Black Or White - Satu Pilihan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak share apa yang kami baca kat Harian Metro. Tertarik kat 1 artikel ni.....

Artikel penuh dibawah:

Kemungkinan kereta hitam terbabit dalam kemalangan adalah 47 peratus lebih tinggi berbanding kereta warna lain.

Kajian yang dijalankan membabitkan kemalangan sepanjang 20 tahun lalu mendapati, pendedahan terhadap bahaya adalah lebih tinggi ketika berada dalam kereta hitam sementara putih, warna keemasan dan kuning adalah paling selamat.

Penyelidik dari Universiti Monash di Melbourne itu berkata, ada beberapa warna yang menjejaskan permandangan terhadap kereta ketika di jalan raya.

Menurut mereka, kereta hitam tidak menyerlah pada warna latar jalan raya, pemandangan sekitar dan trafik lain, lapor akhbar Daily mail.

Begitu juga dengan kereta berwarna kelabu, merah dan biru. - AFP


Jalan raya warna nya hitam, berkemungkinan membawa kesukaran pada pemandu lain sekali imbas melihat kereta2 berwarna hitam atau berwarna gelap.  


So.....bacalah doa menaiki kenderaan atau ayat Kursi ketika berkenderaan. Semoga kita sentiasa berada didalam perlindungan Allah SWT. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India