DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Jun 08, 2010

BSK 10. Lima Perkara.....

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita semua berada dibawah perlindungan dan naungan Allah SWT. Insya'allah.

Hampir setiap hari kita mendengar berita mengenai kes zina dan buang bayi dikalangan remaja bahkan golongan dewasa juga. Remaja2 yang terbabit termasuk juga dari golongan penuntut2 IPT. Golongan terpelajar.

Persoalannya kenapa ianya boleh terjadi? Apa yang mendorong ianya terjadi? Golongan remaja, lelaki dan perempuan adalah pelapis dan akan satu hari nanti menjadi pemimpin negara ini. Itu adalah kata2 yang selalu kita dengar. Betul?

Kenapa dan apa yang mendorong ianya berlaku:
  • berkemungkinan jahil agama
  • berkemungkinan jahil persahabatan
  • berkemungkinan jahil perasaan
  • berkemungkinan jahil kasih sayang
Banyak lagi "berkemungkinan" yang kawan2 sendiri dapat fikirkan. 

Berkemungkinan jahil agama kami anggap paling serious. Agama Islam adalah "a way of life". Islam adalah agama yang lurus, molek lagi lengkap. Lengkap segala2nya. Adakah remaja2 kita kureng asas agama nya? Tepuk dada tanya iman.

Berkemungkinan jahil persahabatan pada kami juga adalah puncanya. Ini kerana kita adalah apa atau siapa yang kita gauli. Jika kita bercampur atau bergaul dengan orang baik2, secara tidak langsung kita akan mengikutinya. Begitu juga sebaliknya.

Berkemungkinan jahil perasaan juga penyebabnya. Remaja tidak dapat mengenal samada perasaan itu sayang, cinta, belas kasihan atau sebagainya. Bila "dilamun cinta" mereka lupa segalanya. Hati keras seperti batu. 

Berkemungkinan jahil kasih sayang, mungkin pendorong. Ada ibubapa kerana faktor ekonomi bekerja bersungguh mencari rezeki. Semuanya untuk dan kerana keluarga. Tapi anak2 seperti tidak dapat membaca sebab dan tujuan ibubapa bekerja berhempas pulas. Bila remaja2 ini terjumpa dengan seseorang yang dapat "memberi kasih sayang" dengan cepat memberi kesetiaan melulu dan meninggalkan keluarga. 

Dibawah adalah keratan dari majalah Mingguan Wanita (MW) yang sempat kami baca.




Susah untuk mendapat satu tajuk atau topic yang menjurus pada satu permasalahan yang sama dalam satu keluaran. Penulisnya pun hebat2 belaka.

Kenapa kawan2 senyum? Kawan2 tak percayakah kami baca MW? Betul, kami baca. Kat majalah tu banyak informasi. Kami pilih mana2 yang berkenaan. Bukan kami nak komen artikel2 tu. Cuma sangat tertarik kat tajuk2nya kerana ianya tersangatlah relevannya kepada kita.

Pada pandangan kami kita mesti berpegang kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu:
  1. masa muda engkau sebelum datangnya hari tua;
  2. masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit;
  3. masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa;
  4. masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk; dan
  5. masa hidup engkau sebelum datang saat kematian. 
So.....itu hanyalah pendangan kami. Kawan2 pasti lebih arif dari kami. 
Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India