DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Jun 15, 2010

BFK 39. Lepas Ibu Baru Bapa

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga Allah SWT memasukan kita kedalam golongan mereka2 yang suka membuat kebajikan. Insya'allah.

Ahad lepas kami pulang ke kampong isteri. Ada majlis sikit kat sana. Jemputan dari adik ipar. Kejap lagi kami beritahu untuk apa. Tunggu..... 


Keluarga adik ipar kami ni jauh lebih advance. Kami pun tak buat sambutan untuk hari yang diraikan ni. Untuk pengetahuan kawan2, keluarga adik ipar kami buat majlis sambutan Hari Bapa. Hebat gitu. Kat atas tu bapa yang diraikan. Tersenyum simpul je. Handsome lagi. Haha. Hari Ibu sebelum tu pun mereka raikan. Awesome.

Ni keknya. Ada 2 biji tapi tak sempat nak ambil gambar. Cuma dapat tangkap yang separuh ni je. Cukup le untuk hiasan mata.

Ramai juga yang datang. Sebahagian dari tetamu sedang mengambil juadah. Ni dari meja hidangan satay, rojak dan pencuci mulut. Oh ya, sebelum ni ada dibuat majlis tahlil. Untuk mendapat keberkatan. Insya'allah.

Satu meja dikhaskan untuk hidangan nasi ayam. Sodap mak ngah. Sorry kerana gambarnya blur sikit.

Kami tak ambil banyak gambar. Segan! Apa pulak kata tetamu nanti. Betul ke si mamat ni. Ingat kenduri kawin ke? 

Ada sikit lagi gambar yang kami nak share. Karenah tetamu2 kecil gitu. Zass.....

Nama pun tetamu. Mesti nak duduk kat tempat best. Si adik nak duduk kat sofa. Si abang cuba membantu. Tak juga dapat naik si adik kat sofa tu. Terkial2 si abang menarik.


Si abang give up. Berat sangat ke si adik ni? Silap teknik kot? Minta bantuan kat sepupu untuk tolong angkatkan. Tak juga dapat naik. Berat bontot kot! Sampai kesudahan tak dapat duduk kat sofa. Kesian.


Last2 duduk kat lantai je. Comel juga budak ni. Anak saudara kami katakan. Kat belakang tu tetamu yang sedang menjamu selera.

Ni seorang lagi anak saudara. Dah dapat naik kat sofa tapi duduk kat situ plak. Ish ish.....budak2.

Mengadakan jamuan juga mempunyai hubungan rapat dengan saranan Rasulullah SAW agar seseorang itu menjalin hubungan silaturrahim sesama saudara Islam. Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan jemputan walaupun jamuan itu sup kaki kambing sahaja. Yang penting ialah jalinan persaudaraan.



So.....kita pergi jamuan, dah diberi makan, balik ada je yang tak kena. Nasi tak sedap. Ayam goreng keras. Daging kurma liat. Kenapa rendang daging tak rendang kambing boer. Kentang tak empok. Apasal ada cendol je tak ada ABC. Air sirap tak ada gula. Macam2 kritikan ada. Itu le namanya manusia.....fikir2kan.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India