Bismillah.
Assalamualaikum.
Semoga Allah SWT kurniakan kita dengan rezeki yang halal. Insya'allah.
Michael Jackson satu nama besar dalam industri muzik. Diberi gelaran Raja Pop. Terkenal diserata dunia. Meninggal lebih kurang setahun yang lalu.
Dikatakan semasa meninggal hutang beliau berjumlah sekitar USD500 juta. Terkini diberitakan pendapatan selepas beliau telah tiada mencecah USD 1 billion. Satu angka yang cukup banyak pada pendapat kami. Pembetulan bukan "cukup banyak" tapi "teramat la banyak".
Mati hidup balik beberapa kali pun tak habis harta tu. Sampai tujuh keturunan pun masih banyak lagi. Kalau kami le. Hehe.
Tapi orangnya dah tak ada. Harta makin banyak. Agak2nya camno allahyarham kat sana? Boleh ke harta yang banyak tu membawa kebahagiaan kat sana?
Kami ada terbaca mengenai Nabi Sulaiman dimana dikatakan beliau adalah nabi dan rasul yang terakhir memasuki syurga. Ini kerana kerajaan dan harta yang dikurniakan Allah SWT kepada baginda.
Abdul Rahman Bin Auf, seorang dari 10 sahabat yang dijamin oleh Rasulullah SAW masuk syurga. Beliau dikatakan merangkak untuk masuk syurga. Juga kerana harta yang dikurniakan Allah SWT kepada beliau.
So.....kita fikir2kan bersama.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan