DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Jun 30, 2010

BFK 49. Meraikan Tetamu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ahad lepas abang ipar dan keluarga singgah kejap kat rumah kami. Lepas melawat biras kat Hospital Seremban. 


Duduk2 sambil tenguk laptop gitu. Bukan kelas komputer tau. Cari resepi le tu. Hehe.


Abang ipar ni mengikuti perlawanan Piala Dunia sekarang ni. Sanggup le tenguk perlawanan sampai pagi. 


Meraikan tetamu kami sediakan juadah tengahari. Mari kami tunjukkan. 


Wife masak. Rebung tak berbau. Very tasty. Nice.


Anak ke 2 yang sediakan. Garing dan menyelerakan.


Anak ke 3 bantu wife sediakan. Cukup semua rasa. 

Kegemaran kami. Pecal! Enak! Sedap kalau kuah nya sedap.

Makan ramai2 ni seronok. Berselera. Tu sebab kami suka makan sekeluarga. Hehe.

Petang sebelum balik kami sediakan minum petang. Zass.....

Wife buat apam tepung beras dan anak ke 2 goreng keledek. Orait tu!


Lepas rehat2 kejap mereka pun pulang. 


Meraikan tetamu tuntutan agama. Jangan sampai tetamu merasa tidak selesa. Saidina Ali merasa tidak tenteram jika rumah nya tidak menerima kunjungan tetamu. Banyak pahala beb! Rezeki tu!


So.....jamu setakat yang ada. Semoga Allah SWT menganugerahi kita dengan rezeki yang halal.


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India