DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Jun 12, 2010

BBK 11. Taqwa Bab 25 - Tiga Golongan Yang Tidak Masuk Syurga.....2

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita semua termasuk didalam golongan manusia yang membuat segalanya kerana Allah SWT. Insya'allah.

Ingin menyambung sikit berkenaan dengan bab 25 buku Taqwa nukilan Tuan Guru MB Kelantan. Pasal ungkit mengungkit apa yang kita dah buat atau berikan.

Malam tadi kat surau kami ada pengajian. Ada ustaz baru yang pihak surau panggil untuk mengendalikan kelas pada malam Sabtu (2 minggu sekali). Malam tadi secara umumnya sessi pengenalan. Kami sampai lewat dan sessi tu dah sampai pertengahan. Topic yang sedang dibicarakan adalah Taqwa. 

Ustaz ni sedang menceritakan tentang kisah seorang hamba allah yang telah meninggal kat sebuah kampong di Perak lebih kurang 2 tahun lalu. Tak sempat nak tanya kampong mana. Masih malu2 kot. Masih sessi kenal mengenal katakan. Apakata kami sambung cerita kami.....

Bila hamba allah ni meninggal, kejadian yang luarbiasa dapat dirasai oleh penduduk kat sana. Bila orang kampong pergi nak gali lubang kubur didapati sebuah lubang kubur telah siap digali. Bila ditanya tak ada siapa yang gali dan tidak ada orang lain yang meninggal kat sana. Bila sudah dimandikan tiba2 ada orang hantar kain kapan yang telah siap dipotong. Bila nak di sembahyangkan, didapati masjid dipenuhi oleh orang yang tak dikenali. Bila jenazah nak dihantar ke kubur ramai yang mengangkat kerandanya hingga penduduk kampong dapat menyentuh sikit je.

Hairan juga dibuatnya. Orang yang meninggal ni bukan le orang ternama cuma orang biasa sahaja. Kerja kampong je. Ustaz tu kata Allah SWT memberi kemuliaan kepadanya kerana amalan yang dilakukan. Dan amalan tu hanya kerana Allah SWT sahaja. Amalannya senang sangat. Tapi bukan sebarang orang yang boleh lakukan. Setiap kali sembahyang fardu penduduk dapati dia dah ada kat masjid. Beliau membersihkan masjid dan kawasan sekelilingnya. Pada petang hari bila habis bekerja beliau kat tanah perkuburan, membersihkan tiap2 kubur yang ada kat sana. Beliau menjaga rumah Allah SWT kat bumi ni. Beliau juga menjaga satu lubang dari lubang2 taman2 surga. Allah SWT telah memberikan keutamaan kepada hamba Nya itu.

Kami katakan senang sangat tapi bukan sebarang orang boleh melakukan kerana mungkin kita juga membuat perkara tersebut tetapi adakah niat kita kerana Allah SWT atau ada yang lain. Kita selalunya ada niat yang lain dan kita selalunya akan mengungkit ngungkit apa yang kita dah buat. Betul?

So.....semoga niat kita lurus tidak bengkok. Semuanya hanya kerana Allah SWT.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India