DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Jun 21, 2010

BBK 14. Islam & Demokrasi - nukilan Tuan Guru Presiden PAS

Bismillah.
Assalamualaikum.


Semoga Allah SWT memasukkan kita kedalam golongan yang sentiasa mencari kebenaran. Insya'allah.

Nak sentuh sikit hingga bab 3 buku Islam & Demokrasi hasil nukilan Tuan Guru Presiden PAS.


Yang menarik dalam Prakata:
Keteguhan ajaran Islam dan konsisten dalam perkara dasar dan hukum, tidak berubah. Ini menjadikan Islam tidak hanyut bersama kelemahan manusia yang selalunya di dorong oleh nafsu yang tidak terkawal. Begitu juga, keanjalan yang menerima perkara baik tanpa mengira daripada siapa, dari mana datangnya dan bilakah masanya. Allah menjadikan Islam itu sesuai di sepanjang zaman. Islam juga mampu menghadapi perubahan yang berlaku serta keperluan yang berbeza di alam ciptaan Allah ini.

Menarik dalam bab 1 - Islam Yang Universal:
Islam itu meliputi seluruh urusan hidup termasuklah politik. Peranan para rasul sudah dijelaskan dalam kitab al-Quran. Para rasul diwajibkan berpolitik dan melaksanakannya sama ada terpaksa berhadapan dengan kerajaan di zamannya, atau mereka sendiri memimpin kerajaan yang ditubuhkan.

Menaraik dalam bab 2 - Politik Dan Agama:
Dalam bahasa Arab, politik disebut dengan nama siasah. Siasah bermaksud memerintah, mentadbir atau memimpin. Politik adalah satu daripada ketetapan Allah menjadi keperluan semula jadi makhluk hidup yang bermasyarakat seperti manusia.....


Menarik dalam bab 3 - Pemisahan Politik Dan Agama:
Kitab Injil (bukan yang asal) menyebut:
"Give Caesar what is Caesar's, and to God what is God's."
Ungkapan itu bermaksud, Tuhan tidak berkuasa dalam urusan politik atau dengan lain perkataan, politik tiada hubungan dengan agama, dan mesti dipisahkan. (adakah ungkapan ini betul?)


Jika kawan2 ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan ulasan2 Tuan Guru Presiden PAS, baca le buku tu.


So.....kita kena tahu dengan pasti pegangan pemimpin2 yang memimpin atau yang bakal memimpin kita. Kerana kita bukan sahaja mengikuti pemimpin2 ini didunia tetapi kita juga akan dihimpunkan bersama dengan mereka2 tu di .....


Wassalam.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Masuk Islam tak pernah nak cakap pasal Islam...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India