DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Jun 21, 2010

BSK 16. Membina Masjid

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita dikurniakan Allah SWT dengan pasangan yang baik. Insya'allah.

Dua orang kawan sepejabat telah menamatkan zaman bujang masing2 pada bulan Jun 2010 ni. Kad2 jemputan telah pun dilayangkan. Minta maaf sahaja kami pinta kerana tidak dapat menghadiri majlis raja sehari itu. Maaf sekali lagi.

Yang pertama, mari kami introducekan. Zass.....

Haha kena tunjuk dulu kad jemputannya. Majlis kat Teluk Intan pada 5/6/10. Lepas tu baru tadaa.....

Kami kenal yang perempuan, Syazila Aida Bt Aya Uddin. Pasangannya Mohamad Bakrie Bin Ramli. Jangan pegang kuat2.....  

Lepas penat berdiri kena le duduk. Mana boleh posing berdiri lama2. Ish ish. 


Lepas tu baru le makan beradap. Kena jaga kesihatan juga. Minum air apa tu?  Haha.....


Yang kedua.....


Sama le, kena tunjuk kad jemputannya. Nanti dikatakan syok sendiri plak. Kami tunjuk kat Puchong masa majlis nikah pada 6/6/10. Taraa.....


Shahrin Bin Sudin, kawan sejabatan. Untung sapa yang dapat. Tapi macam tak nak keluar dari kereta je. Darah gemuruh ke?


Nak posing kejap dengan pasangan, Nor Aishah Bt Mohd Nordin. 


Serious kawan kami ni. Aku terima! Sekali lafaz je! Alhamdulillah. 


Sempat gak bergurau senda. Amboi2 seronok nampak!

Ni gambar kat rumah pengantin lelaki kat Perlis. Majlis pada 13/6/10. Sepadan gitu.

So.....kami ucapkan "Selamat Pengantin Baru" dan berkekalan didunia hingga diakhirat kepada kedua pasangan. Semoga dikurniakan juga oleh Allah SWT zuriat yang soleh dan solehah. Amin

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India