Bismillah.
Assalamualaikum.
Semoga kita dimasukkan Allah SWT didalam golongan orang2 yang mencari dan meyukai kebenaran. Insya'allah.
Rasanya tak salah jika kami sebagai orang awam memberi sedikit pandangan terhadap isu Palestin dan juga rejim Yahudi. Yang terutama tentang pendirian negara kita mengenai 2 isu tersebut. Sebagai orang awam memang pemikiran kami terbatas. Tidak global gitu. Tidak seperti analyst2 yang mana buah fikiran mereka tersiar di akhbar2 arus perdana. Mereka ini berpendidikan tinggi lagi menjawat jawatan yang hebat2.
Kami memberi pandangan berdasarkan 2 perbandingan yang kami ada iaitu berita di akhbar2 arus perdana dan berita bersumber di internet.
Contoh keratan akhbar.
Berita di arus perdana mengutuk keras tindakan rejim Yahudi. Si Polan tu kata begitu, si Polan ni kata begini. Semua kutuk apa yang dilakukan oleh tentera2 rejim tu. Nampak sangat memang ada kemarahan, kebencian dan kemeluatan yang teramat sangat kat rejim Yahudi tu. Diberitahu negara kita tidak ada hubungan diplomatik dengan negara pengganas tu. Tak macam sesetengah negara di rantau sini.
Tetapi bila surf internet, puak lain berkata seseorang sedang mengupah syarikat yang orang2 besar nya ada kena mengena dengan rejim Yahudi laknatullah tu. Dikatakan bertaraf penasihat. Bagi plak buka pejabat kat sini. Pelik wal ajaib. Jika benar seperti yang diberitakan, nampak macam ada 2 pegangan kepada 1 isu. Camno boleh jadi demikian. Macam tak berpendirian plak. Orang awam macam kami susah nak digest pendirian sebegini. Kami mohon perlindungan kepada Allah SWT dari segala ini.
So.....semoga kita dikurniakan Allah SWT dengan pendirian yang benar. Dapat membezakan yang hak itu hak dan yang bathil tetap bathil.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan