DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Jun 28, 2010

BBK 16. Lupa Mimpi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tiap malam Khamis ada kelas tafsir kat surau kami. Buat masa ni ustaz sedang bicarakan bab 11 kisah Nabi Yusuf A.S.  dari kitab Kisah Para Nabi.



Ayat 42 Surah Yusuf :

 "(Yusuf berkata) : 'Jelaskan keadaan ku pada tuan mu', tetapi syaitan membuatnya lupa menerangkan keadaan Yusuf kepada tuan nya. Kerana itu Yusuf tetap tinggal di penjara selama beberapa tahun lamanya."

Bila membicarakan ayat diatas, kami diberitahu bahawa lebih 50% dari penyakit ada berkaitan dengan syaitan dan lupa atau nyanyuk adalah satu dari nya. Menurut ustaz lagi adalah amat rugi jika kita dihinggapi penyakit itu di masa akhir usia.

Tetapi kita masih diberitahu akan penawarnya. Jika kita tidak mahu mengidap penyakit tu dimasa tua amalan nya mudah je. Berterusan membaca al-Quran. Insya'allah.

Diselitkan juga masalah berhubung mimpi. Jika mimpi seseorang tidak diberitahu atau dikhabarkan, mimpi tu tak akan berlaku. Bila diceritakan baru akan terjadi. Wallah hu alam.

So.....amalan yang baik akan diberikan balasan baik juga dari Allah SWT. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India