DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 13, 2010

BFK 38. Hujan Oh Hujan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita dikurniakan Allah SWT dengan sifat berterima kasih dengan segala pemberian Nya. Insya'allah.

Kami memang suka bila hari hujan. Dulu2 masa kat kampong suka duduk kat beranda rumah tengok manusia dan juga haiwan meredah hujan nak sampai ke destinasi masing2. Suka mendengar bunyi hujan menimpa zink rumah kami. Lebih2 lagi pada waktu malam. Syok tidur.


Sekarang ni dah duduk taman, atap genting, bunyi pun lain. Tak sesegar bunyi dulu2. Tapi.....


Dapat le juga tengok air macam sungai kat depan rumah. 


Tak de le nampak sesiapa pun kat sebelah sini.


Sebelah sini pun tak de sesiapa. Semua pergi Afrika Selatan ke? Nak beri sokongan kat Holland kot. Haha. Nampak air kat jalan tu laju je turun.


Basah le sarung kusyen jiran kami ni kena tempias.


Untung tak payah pergi car wash. Percuma beb!


So.....hujan turun kurniaan Allah SWT. Mungkin diminta oleh pokok2 dan pohon2. Mungkin juga oleh serangga2 atau haiwan2 lain. Mungkin juga oleh manusia. Dikatakan bila hujan turun berdoalah. Diaminkan oleh malaikat. Kerana setiap butir hujan turun ada bersamanya malaikat. Insya'allah dikabulkan Allah SWT.


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India