DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Jun 14, 2010

BSK 12. Alleycats 1

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita dihindari Allah SWT dari sifat amarah. Insya'allah.

Dikesempatan ni nak formally introduce kat kawan2 keluarga Oranje. Kami tunjukkan daddy dia dulu.....


Satu pose istimewa dari senior. Seingat kami kucing ni memang dah ada lama kat lorong belakang rumah kami. Sesetengah tempat kat badannya dah tak berbulu lagi. Mungkin disebabkan bergaduh. Cuba lihat telinga kanannya. Dah terkelepit kedepan. Berkemungkinan juga digigit semasa bergaduh. Demi menjaga kawasan dia.....


Sodap jo si Oranje tu menyonyot. Hehe. Comel juga mummy si Oranje ni. Tapi tenguk riak muka mummy ni, nampak very alert. Awas dengan persekitaran. Sayang kat anak. Sifat kasih sayang pun ada kat haiwan. Kenapa ada segelintir manusia boleh mendera, membuang malah membunuh anak2 sendiri. Allah hu akbar.

Family alleycats ni liar. Susah nak didekati. Kena pelan2 jika nak diambil fotonya. Kami tunjukkan sedikit foto2 Oranje.....

Rasanya Oranje ni keras kepala juga. Tengok tu buat dek je bila mummy dia panggil. Ish ish. Macam budak2 juga kot. Hehe.



Mummy nak mekap pun nak di kacaunya. Macam siapa ya?

Mummy nak ajar Oranje catnap. Oranje ngantuk ke?


So.....mungkin dilain kali kami siarkan lagi gambar2 keluarga ni. Itu pun jika dapat difotokan. Lupa nak beritahu kata2 orang tua. Kata je jangan percaya. Katanya kalau kucing ditangkap gambarnya ianya akan hilang. Jangan le cemas plak. Bukan mati, cuma berpindah tempat.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India