Bismillah.
Assalamualaikum.
Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita sifat berterima kasih. Insya'allah.
Nak cerita kat kawan2 camno kami buat keropok lekor. Ada kawan2 yang tak pernah tengok keropok lekor yang mentah? Bukan orang Malaysia ke? Takpe jom kami tunjukkan.....
Sebelum tu nak minta maaf dulu. Cuma dari proses diatas je yang boleh kami share. Proses sebelum tu tak dapat nak dirakamkam. Tak ingat plak sebabnya. Kami guna isi ikan sardin atau ikan selayang yang telah dibuang yang tak berkenaan. Di brrrrr dalam blender kering. Kemudian digaul dengan tepung ubi dan diperisakan. Kami guna tepung ubi kerana tak jumpa tepung sagu. Tak pe tepung juga. Hehe.
Kemudian dough tu digolek atas dulang menjadi bentuk keropok lekor le. Takkan petak2 plak. Tu tangan si abang, anak pertama. Pandai mengolek nampak! Cam pro je! Hehe.
Jadi le bentuk sebegini. Kalau kat pantai timur pakar2 kat sana kami rasa buat small, medium dan large saiznya. Tak tau ada ke tidak saiz XL. Si abang buat saiz smed (small medium).
Kemudiannya direbus hingga masak.
Cam ni le rupanya bila dah siap direbus. Kat phase ni dah boleh dimakan. Tapi kami tak berapa minat nak makan dalam phase ni.....
Kena goreng dulu. Nampak le macam kat pasar malam. Kami cicah dengan sos cili. Baru sedap.
Kawan2 nak buat sendiri silakan. Kawan2 nak beli kat pasar malam silakan juga. Kawan2 nak beli kat pantai timur sambil melancong dipersilakan juga. Tapi jika kat pantai timur beli sekali satar. Favorite kami tu.
So.....makanan Malaysia memang sedap. Masakan pelbagai bangsa pula tu. Cuba2 lah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan