DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Jun 17, 2010

BFK 41. Sebentar Kat Rumah Ibu Mertua Ku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat penyayang. Insya'allah.

Lepas majlis jemputan Hari Bapa hari Ahad lepas kami singgah kat rumah ibu mertua ku. Dah sekampong, takkan tak singgah. Teruk benor le tu yob. Jom kami zasskan.....

Besar juga rumahnya. Syok tidur bila hujan lebat. Lagi2 waktu malam bila dengar hujan menimpa atap zink tu. 

Kami tunjukkan serba sikit apa yang ada kat sekeliling rumah tu.....
Bunga2 ni kami tak tau nama2nya.

Ni bunga raya bonsai. Kecik je saiznya.


Nama bunga ni bunga janda kaya. Tak le teman tahu kenapa nama tu diberikan. Kenapa tak duda kaya?


Ada juga pokok jambu bertih. Masam2 manis rasanya.


Pokok ciku pun ada. Salah satu dari buah2an favourite kami.


Ada juga pohon limau kasturi. Sedap buat sirap limau, teh O ais limau. Buat sambal belacan pun sedap juga.


Ni pokok kelapa sawit. Kalau le ada kawan2 yang tak pernah lihat. Minyak kelapa sawit semua orang tahu.


Lepas zohor dan lepas rehat2 ibu mertua ku mengeluarkan kudap2an. Jom tengok.....


Kami memang minat kat emping ni. Ada rasa pahit2 sikit, lemak2 pun ada. Kena plak dengan.....


Kopi kampong! Tak le tahu dari kampong mana tapi memang ngam habis.

Lepas asar kami makan nasi plak. Ibu mertua ku dah masak. Jadi.....

Kami pun tak tahu kenapa dinamakan ikan senangin boy. Kecik2 comel kot. Kalau besar senangin man le. Hehe. Sambal pecal ibu mertua ku tu ada diletak kencur. Kencur ni buat kuah tu terasa lebih sedap. Dilain kali kami akan tunjukkan camno rupanya kencur ni. Insya'allah.


Lepas makan dan selepas rehat2 sebentar kami balik Seremban. Dekat nak maghrib baru sampai rumah.


So.....orang kat sana, jika tetamu datang mesti ada refreshment diberikan. Hebat gitu. Tapi bukan le semua yang berbuat demikian. 


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India