DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Julai 01, 2010

BSK 20. Bukan Siput Sedut

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pagi tadi bila tengah bancuh kopi nak sarapan pagi terpandang benda ni kat rumah kosong bersebelahan.

Tak payah le nak sebut namanya, orang tak suka. Geli geleman gitu. Kalau nak sebut juga sebut "siput khinzir". Baru sound OK. Kah kah.

Bila sebut khinzir atau sebutan yang sewaktu dengan nya kami teringat kat contoh yang diberikan seseorang tu berhubung melesenkan perjudian. "Contohnya, membela dan memakan babi, kita khususkan tempat pembelaan dan kita umumkan kawasan tidak halal apabila membabitkan penjualannya. Begitu juga dengan arak, kita syaratkan tempat dan kenakan hukuman sekiranya berkelakuan mabuk di tempat awam. Jadi kenapa dalam isu melesenkan judi sukan ini menjadi masalah pula kepada kita......"

Pada pendapat kami yang pendidikan tak berapa tinggi ni, masalah bukan nampak terus kat pihak yang memberi lesen. Masalah langsung kat kaki judi tu. Bila masalah kat kaki judi terpalit juga kat keluarga. Terpalit kat keluarga terkena juga kat masyarakat. Terkena kat masyarakat terjejas juga negara. 

Kami masih ingat berita2 berhubung dengan peminjam2 kat "Along". Kawan2 masih ingat tak? "Melayu mudah lupa" kata2 keramat yang selalu kita dengar. Kan masalah problem tu. Seingat kami tak ada orang Malaysia pinjam kat "Along" kerana gila makan khinzir. Rasanya tak jugak kat arak. Kat judi je adanya. Mintak tolong ye, bukan kami setuju penjualan arak ni.

Bila kita mengaku negara Islam kita perlu menunjukkan sopan santun dan budi pekerti Islam kita. Baru kita gentleman.

Tiap2 minggu kita diperingatkan, bertaqwa lah kita dengan sebenar-benar taqwa dengan mengikuti segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. 


Berdiam diri bermaksud kita setuju. Ianya ada kena mengena dengan akidah kita. Pendapat yang kami utarakan ni menunjukkan  selemah-lemah iman. Apa kata kawan2.


So.....semoga kita semua dibawah perlindungan Allah SWT. Fikir2kan.....


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India