Assalamualaikum.
Semoga kawan2 sekeluarga dan juga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Insya'allah. Dah sarapan? Kalau sudah, alhamdulillah.
Nak kisahkan tentang projek "green belt" atau "green area" kat rumah kami. Projek ni kami lakukan pada Isnin lepas. Camno nak kami mulakan? OK, kami tunjukkan dulu gambar sebelum projek tu. Minta maaf le tak le besar tapak projek tu. Lebih kurang 10" x 4" je. Hehe. Cuba tenguk sendiri.
Kan nampak semak samun je. Banyak gak pasu yang ada.
Tenguk tanah kat pokok daun kari tu. Dah padat nor.....jadi bonsai plak. Hmmm. Belakang tu serai.
Gambar bawah ni plak lepas "overhauling". Penat beb.
Pandan posing secara solo. Baru cantik.....
Pasangan cili dan entah apa namanya tu nampak ayu dan anggun je. Haha.
Kawasan rumah kami tak de bertanah, semua diletak jubin. Kat luar tu le green belt atau green area kami. Ada juga pemandangan hijau2an.
So.....jagalah alam sekitar. Apa yang ada tu kita jaga le. Semoga kita semua dibawah lindungi Allah SWT selalu.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan