Assalamualaikum.
Semoga kawan2 sekeluarga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik. Insya'allah.
Saya tertarik dengan 1 berita di BH semalam dengan tajuknya "45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit".
Pendedahan di akhbar BH semalam.
Dilapurkan 45,000 itu merupakan 3% daripada 1.5 juta kakitangan awam. Kecil atau besar jumlah tu terpulanglah kepada siapa yang buat rumusan. Saya tidak mahu mempertikaikan jumlah tu.
Saya ingin memberikan pendapat berdasarkan pengalaman kerja saya di sebuah organisasi. Baru saya akan menjurus kepada tajuk berita diatas.
Pada saya seseorang itu bekerja kerana menerima amanah. Dengan amanah itu kita berusaha dengan bersungguh untuk mencapai matlamat syarikat atau organisasi. Dengan kata lain kita bekerja kerana Allah SWT untuk mendapat rezeki yang halal. Menerima amanah itu tidak semestinya kita sebagai pekerja menyukai tugasan kerja yang diterima. Selain itu pekerja juga dibebankan dengan initiatif2 samada dari ibupejabat atau dari jabatatan2 sendiri. Tugas sendiri pun belum selesai kita kena juga menanggung beban lain. Tetapi kerana sikap professional didalam diri, pekerja menerima tugas2 dan beban2 itu dengan lapang hati.
Sakit itu lumrah kehidupan. Saya pun ada masa2nya sakit juga. Pekerja tu manusia bukan robot. Saya sendiri pun jika sakit akan meminta MC dari doktor. Tetapi sebagai pekerja kita sendiri pun tahu bila masanya kita memang perlukan MC. Jika deman sedikit pekerja tak akan minta MC cuma ambil ubat sahaja. Jika masa sibuk dapat MC pun pergi kerja juga. Kenapa begitu? Kerana pekerja komited dengan tugasan yang diberi. Juga kerana pekerja2 tahu tiada siapa akan membereskan kerja kita kerana semua pekerja lain pun sibuk mengejar kontrak2 kerja sendiri. Pekerja2 semua memang ada "deadline" tersendiri. Pada saya bukan senang kita nak ambil MC ni.
Berbalik kepada berita dari BH itu. Tajuk dan diawal lapuran mengatakan 45,000 tu menggunakan cuti sakit palsu tetapi dekat2 peringgan akhir diberitakan pihak Perkhidmatan Awam tidak menerima laporan daripada mana2 jabatan mengenai peratus kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu.
Perkara itu memang serious, angka tu memang ramai. Saya bersetuju perkara itu perlu dibendung. Tetapi yang menarik perhatian saya adalah dilapurkan segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit (tiada angka diberikan) kerana melakukan kerja sampingan. Kenapa ianya terjadi? Adakah kerana mereka2 ini suka2 atau memang memerlukan pendapatan lain? Perlu rasanya dibuat kajian kerana saya berpandangan dimasa hadapan ramai lagi yang perlu kepada kerja sampingan. Kita perlu mengetahui dari gulungan mana kakitangan ini berada? Peringkat rendah atau sebaliknya.
Satu faktor yang perlu diambil kira adalah peningkatan kos yang mengila2. Tak kira kos apa. Semua memerlukan duit. Harga minyak naik, kos2 lain naik. Saya teringat bila harga minyak dinaikkan heboh diperkatakan "rakyat kena tukar cara hidup". Tak silap saya pihak tertentu akan memberikan lesen menjaja kat sesiapa yang memerlukan. Selalunya bila kita kata kerja sampingan, kerja yang dilakukan disebelah malam atau cuti rehat. Masa kita yang terluang.
Kita ambil 1 contoh jika seorang kakitangan menerima lesen menjaja. Katakan dia jual kuih mueh.
- Bangun pagi jam 5.30 pagi
- Masuk kerja 8.00 pagi
- Sampai rumah 5.30 petang
- Buka warung jam 6.30 petang
- Tutup warung jam 9.00 malam
So.....salah kah saya memberi pendapat diatas? Jika ianya terjadi pada kita atau keluarga kita? Fikir2kanlah.....
Saya ucapkan selamat bertugas kepada kawan2 dan semoga berbahagia bersama keluarga.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan