Rasa rajin lak hari ni. OK, apa yang nak kami bicarakan malam ni? Family kat depan TV. Tengok cerita hantu indon kat TV9. Malas nak join. Dari semalam cerita macan ni.
Saya terbaca blog Choo Sing Chye (Ipoh mali tarak sombong punya) mengenai 1 Malaysia dan blog Patrick Teoh - Niamah mengenai laporan pemuda2 tua kat SPRM. Komen2 dan pandangan mereka ni sungguh bererti. Pandangan saya mengenai konsep 1 Malaysia yang masih samar2. Tidak diketahui camno rakyat biasa nak grasp perkara ni. Sudah begitu lama Malaysia merdeka. Nak masuk 53 tahun dah tapi kenapa konsep ni baru diutarakan? Kekadang saya beranggapan semua ni hanya slogan2 menarik yang diketengahkan. Pandang ke Timur, bekerja dengan saya, Islam Hadhari dll semuanya sudah lenyap. Bila slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang timbul, saya secara berseloroh beritahu anak2 rasanya kena tambah satu lagi perkataan kat belakang iaitu Hilang. Dah hilang pun.....
Mengenai lapuran rasuah terhadap satu parti kat Hulu Selangor. Saya pun tak faham mereka2 ni. Benda yang terang2 tak nak di buat lapuran. Benda2 yang tak pasti pulak nak dilapurkan. Tak tahu apa sebenarnya yang mereka2 ni fikirkan dan apa niat mereka sebenarnya. Nak jadi senator ke, nak jadi pengarah syarikat ke, nak dapat jawatan kat parti ke, nak jadi JKKK ke, nak jadi ahli jawatankuasa masjid ke, nak jadi calon pilihanraya ke 13 ke dll lagi ke. Saya pun pening nak memikirkan mereka2 ni.
Rakyat didahulukan. Saya rasa 2 perkara ni jika sesiapa berikan secara percuma tentu akan mendapat mandat dari rakyat iaitu:
- Pendidikan di universiti
- Rawatan perubatan - semua jenis
Camno kita yang dah tak bekerja ni nak hidup.
So....kawan2 fikir2kan. Saya dah puas fikir. Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan