Bismillah.
Assalamualaikum.
Saya baru je habis membaca kitab Sirah Nabawiyyah untuk kali ketiga. Ada satu peristiwa didalam kitab tu bila kita membacanya bergenang juga airmata. Peristiwa selepas pembukaan Kota Mekah dan selepas peperangan Hunayn. Ianya berkaitan dengan pembahagian harta rampasan. Semasa pembukaan Kota Mekah ramai pemuka2 Mekah menerima Islam dan peperangan Hunayn terjadi selepas peristiwa besar itu. Banyak harta diperolehi dalam peperangan Hunayn ni.
Rasulullah SAW telah memberikan banyak harta rampasan kepada pemuka2 Mekah yang baru menerima Islam dan tidak memberi kepada orang2 Ansar. Ini membuatkan sebahagian orang2 Ansar tidak berpuas hati dan ada seorang telah berkata : Demi Allah Rasulullah SAW telah pun bertemu kaumnya.
Nabi menghimpunkan orang2 Ansar dan sebahagian dari kata2 Baginda "Hai orang Ansar apakah kamu rasa dirimu masih lagi terpaut pada dunia, dunia yang aku jadikan alat untuk melembutkan hati satu kaum untuk menerima Islam sedangkan keislaman kamu aku benar2 telah meyakininya? Tidakkah kamu rela hai sekelian orang2 Ansar membiarkan mereka membawa pergi kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah SAW ke kampungmu? Demi diri Muhammad yang ada dalam kekuasaan-Nya, kalaulah tidak adanya hijrah nescaya aku termasuk salah seorang dari orang2 Ansar. Kalau manusia melalui satu lorong dan orang Ansar pula melalui lorong yang lain nescaya aku akan melalui lorong orang2 Ansar. Ya Allah rahmatilah ornag2 Ansar, anak2 orang Ansar dan cucu cicit orang2 Ansar". Mendengar kata2 Baginda orang Ansar menangis hingga air mata mereka membasahi janggut. Mereka berkata: "Kami rela Rasulullah SAW sebagai bahagian dan habuan untuk kami".
Selesai kitab Sirah Nabawiyyah. Ada 2 buku mengenai Dajjal yang anak pertama kami beli. 1 pada tahun 2008 dan 1 lagi baru2 ni (baru baca sipnosisnya). Kami banyak juga beli buku2 tapi tak sompek nak baca secara serius. Dah ada banyak masa sekarang ni cuba2 membaca le. 2 buku tersebut:
Buku pertama karya Muhammad Isa Dawud (RM18) dan kedua karya Muhammad Nurani Maarif [penulis dari Malaysia (RM37.90)].
Rasulluah SAW bersabda:"Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi in- Sejak Allah menciptakan Nabi Adam dan keturunannya - yang lebih dahsyat daripada Dajjal. Dan Allah SWT tidak mengutus seorang rasul atau nabi pun kecuali ia memperingatkan umatnya terhadap kemunculan Dajjal. Aku adalah nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula. Dajjal pasti keluar dari tengah2 kamu. Jika ia keluar, sedang aku ada diantara kamu, maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku. Jika ia keluar setelah aku tiada, maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya. Allah adalah penggantiku bagi setiap muslim..." (HR Ibnu Majah).
Semoga kita mendapat maklumat yang boleh kita menafaatnya bila membaca buku2 tersebut. 2 buku diatas menyatakan Dajjal adalah berbentuk manusia. Ada 1 buku lagi yang saya baca menyatakan ianya bukan manusia tetapi pegangan2 buatan manusia di zaman moden ni. Saya akan cuba cari buku ni dari simpanan saya.
So..... boleh saya ucapkan "selamat membaca"? Boleh kot. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT dan sentiasa di bawah naungan-Nya.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan