DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Mei 13, 2010

BFK 16. Bukan Nak Promote

Bismillah.
Assalamualaikum.


Dah masuk seminggu saya membaca kitab Sirah Nabawiyyah yang ditulis oleh Sheikh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri. Kitab ini telah diangkat menjadi johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah anjuran Rabitah Al-'Alam Al-Islami. Sebenarnya ini kali ketiga saya membacanya. Bila membaca kitab ni (seperti juga bila membaca sirah2 hasil karangan penulis lain) hati kita akan terdetik. Sayu bila membaca kisah2 duka dan tumpang gembira bila Rasulullah SAW dan sahabat2 gembira. Belum habis baca lagi. Baru sampai kat bab Bai'ah (Ikrar Setia) Al-'Aqabah. Bukan nak promote tapi cuba2 lah baca. Saya tak dapat apa2 keuntungan material pun. Harga RM50.



Lepas bab kitab tu. Pagi tadi kami makan omelette untuk breakfast. Fusion western dan malay atau lebih sesuai hotel dan rumah. Haha. Bahan2nya:

 1 biji tomato, 3 biji cendawan butang, 1 labu bawang kuning dan 2 tangkai cili hijau. Semua di hiris kecil. Telur 5 biji dan susu cair. Pastu:


Digaul semuanya. Jangan lupa sprinkle sikit garam. Last2 jadi le sebegini.Taraa....


Kami buat 5 keping kecil2 untuk 5 orang le. Tuang sos cili sikit dan makan dengan roti. Breakfast yang menyihatkan. Pekena lak dengan nescafe panas. Wulawe.....


So.....insya'allah jumpa lagi malam ni. Ada siaran langsung Piala Thomas rasanya malam ni. Apa pun semoga Malaysia berjaya. Semoga kawan2 juga berjaya dibidang masing2.


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India